Jatuh Cinta & Hati
Jatuh Cinta & Hati??? ialah album studio pertama dan terakhir oleh penyanyi wanita Malaysia, Ashira, dikeluarkan pada 15 Jun 2002 oleh Broadway Entertainment.[1][2][3]
Jatuh Cinta & Hati??? | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 15 Jun 2002 | |||
Dirakamkan pada | 2001–2002 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | ||||
Panjang | 42:00 | |||
Bahasa | Bahasa Melayu Malaysia | |||
Syarikat | Broadway Entertainment | |||
Penerbit | Boon Tan | |||
Kronologi Ashira | ||||
| ||||
Single daripada Jatuh Cinta & Hati??? | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Latar belakang
suntingAshira mula menyiapkan Jatuh Cinta & Hati pada 2001 susulan kejayaan lagu "Di Ombak Resah" dan EP sulungnya berjudul sama. Beliau menandatangani kontrak bersama Broadway Entertainment selepas meninggalkan BMG Music Malaysia.[4] Album ini menjadi album studio rasmi pertama beliau, mengandungi 10 lagu berbanding Di Ombak Resah yang hanya memuatkan 5 lagu.[5] "Jatuh Cinta" dan "Selamanya Tak Akan Berakhir" dikeluarkan sebagai single untuk album ini, "Selamanya Tak Akan Berakhir" juga pernah terpilih sebagai finalis Separuh Akhir Muzik Muzik 18. Meskipun menerima ulasan positif daripada pengkritik muzik, album ini menjadi kegagalan komersial.[6]
Ulasan kritis
suntingMenulis untuk Harian Metro, Abie Abdullah dalam ulasan retrospektif beliau mengenai Jatuh Cinta & Hati??? menyifatkan album ini "menjawab segala kekecewaannya ketika bersama album Di Ombak Resah tidak lama dulu" sambil berpendapat "konsep pop dance yang diketengahkan, betul-betul sesuai dengan vokal remaja miliknya".[7]
Senarai runut
suntingNo. | Tajuk | Penulis | Masa | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Jatuh Cinta" | Ferry FB, Iva | 4:00 | |||||||
2. | "Mimpi" | A. Hadi, Syed Env | 3:42 | |||||||
3. | "Realiti Impian" | Syde Env | 3:53 | |||||||
4. | "Bicara" | Sharon Paul, Lew Mable | 4:16 | |||||||
5. | "Cinta Kita" | Sharon Paul, Lew Mable | 4:00 | |||||||
6. | "Kerana Dirinya" | Syde Env | 3:56 | |||||||
7. | "Inspirasi" | Syde Env, Fiedah | 4:26 | |||||||
8. | "Adamu Di Sisi" | Syde Env, Lew Mable | 4:26 | |||||||
9. | "Selamanya Tak Akan Berakhir" | Adnan Abu Hassan, Nur Khalina | 4:14 | |||||||
10. | "Jatuh Hati" | Roslan | 4:35 | |||||||
Jumlah masa: 42:00 |
Tenaga kerja
suntingTenaga kerja diperoleh dari catatan media album.[8]
- Boon Tan - penerbit, jururakam, juruadun
- Boon Tan & Adnan Abu Hassan - penerbit eksekutif, pembantu penerbit
- Broadway Studio - studio rakaman
Sejarah keluaran
suntingNegara | Tarikh keluaran | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia | 15 Jun 2002 | CD, Muat turun digital,[9] media penstriman[10] | Broadway Entertainment |
Rujukan
sunting- ^ "Ashira: Jatuh Cinta & Hati???". Khazanah Muzik. Jun 2012. Dicapai pada 13 Disember 2012.
- ^ Hanisah Selamat (7 Julai 2002). "Ashira mampu bangkit mood segar". Berita Minggu. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
- ^ Ellyna Ali (5 Januari 2003). "Vokal Ashira mantap". Berita Minggu. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
- ^ "Ashira beralih syarikat rakaman lain". Utusan Malaysia. 19 Februari 2001. Dicapai pada 3 Julai 2018.
- ^ Abue Abdullah (8 Jun 2002). "Ashira berbeza". Harian Metro. Dicapai pada 18 Disember 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (24 September 2020). "Ashira hilang kerja, diminta keluar rumah". Harian Metro. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
Selepas album kedua gagal di pasaran, Ashira mengambil keputusan untuk menyanyi di kelab malam sekitar Kuala Lumpur sejak 2003.
- ^ Abie Abdullah (18 Jun 2002). "Ashira buktikan boleh". Harian Metro. Dicapai pada 18 Disember 2020.
- ^ Jatuh Cinta & Hati (catatan media). Ashira. Broadway Entertainment. 2002. 7243 549240 23.CS1 maint: others (link)
- ^ "Jatuh Cinta & Hati by Ashira". Spotify. Dicapai pada 3 Julai 2020.
- ^ "Jatuh Cinta & Hati, album by Ashira". iTunes Store (MY). Apple. Dicapai pada 3 Julai 2020.