Jangan Pandang Belakang (siri filem)

Jangan Pandang Belakang merupakan sebuah siri filem yang diterbitkan oleh Metrowealth Movies Production ini terdiri daripada filem Jangan Pandang Belakang (2007), Congkak (2008), Jangan Pandang Belakang Congkak (2009) dan Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (2010). Siri filem ini diarahkan oleh Ahmad Idham

Jangan Pandang Belakang
PengarahAhmad Idham
Dihasilkan olehDavid Teo
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Pecah panggungRM 19.9 Juta

Jangan Pandang Belakang

sunting

Jangan Pandang Belakang ialah sebuah filem seram Malaysia yang mula ditayangkan pada 5 April 2007.

Filem ini menempa sejarah dalam industri perfileman negara setelah mendapat kutipan tiket filem Melayu tertinggi di Malaysia sebanyak RM 6.33 juta dan kutipan mencecah RM 7.4 juta di tiga negara iaitu di Malaysia, . Kutipan tiket hari pertama filem ini juga mencatat sejarah baru negara dengan mendapat kutipan mencecah RM 410,000 menewaskan filem superhero Cicak-Man yang pernah mengutip RM 350,000 pada hari pertama tayangan di pawagam. Dalam Festival Filem Malaysia ke-20 di Pulau Pinang pada 2007, filem ini memenangi anugerah Box Office.

Congkak

sunting

Congkak ialah filem Malaysia tahun 2008 arahan Ahmad Idham.

Jangan Pandang Belakang Congkak

sunting

Jangan Pandang Belakang Congkak ialah sebuah filem 2009 arahan Ahmad Idham yang berunsurkan seram komedi. Filem ini telah berada di seluruh pawagam di Malaysia pada 4 Jun 2009

Jangan Pandang Belakang Congkak 2

sunting

Jangan Pandang Belakang Congkak 2 ialah sebuah filem komedi seram arahan pengarah terkenal, Ahmad Idham yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 7 Oktober 2010. Filem yang dibintangi oleh Mazlan Pet Pet, Cat Farish, Nora Danish, Azlee Jaafar dan Lisa Surihani ini merupakan kesinambungan kepada judul sebelumnya, Jangan Pandang Belakang Congkak.

Rujukan

sunting


Pautan luar

sunting