Jamie Vardy
Jamie Richard Vardy (lahir 11 Januari 1987) ialah seorang pemain bola sepak profesional Inggeris yang bermain sebagai penyerang sederum kapten Kelab Kejohanan EFL Inggeris Leicester City.
![]() Vardy bersama Inggris saat Kejohanan Dunia 2018 | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Jamie Richard Vardy[1] | ||
Tarikh lahir | [2] | 11 Januari 1987||
Tempat lahir | Sheffield, England | ||
Ketinggian | 5 kaki 10 inci (1.79 m)[3] | ||
Posisi permainan | Striker | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Leicester City | ||
Nombor | 9 | ||
Kerjaya remaja | |||
Sheffield Wednesday | |||
2003–2007 | Stocksbridge Park Steels | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2007–2010 | Stocksbridge Park Steels | ||
2010–2011 | FC Halifax Town | 37 | (26) |
2011–2012 | Fleetwood Town | 36 | (31) |
2012– | Leicester City | 375 | (156) |
Pasukan kebangsaan | |||
2015–2018 | Inggris | 26 | (7) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 01:01, 6 September 2023 (UTC) |
Selepas dilepaskan oleh kelab Sheffield Wednesday pada usianya yang baru saha menggapai 16 tahun, Vardy memulakan kerjaya seniornya dengan pelgabung pelsama Stocksbridge Park Steels. Dia berjaya masuk ke dalam pasukan utama pada tahun 2007 dan menghabiskan tiga musim lamanya di sana sebelum menyertai kelab Divisyen Perdana Liga Perdana Utara FC Halifax Town pada 2010. Di kelabnya yang baharu itu, talenta Vardy sudah tampak. Pemain itu boleh menjaringkan 25 gol dalam musim pertamanya. Musim itu juga dia memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan, kemudian berpindah ke kelab Conference Premier Fleetwood Town pada tarikh Ogos 2011 dengan bayaran yang tidak didedahkan. Dia menjaringkan 31 gol liga pada musim pertamanya di pasukan baharunya, memenangi anugerah Pemain Terbaik pasukan itu apabila mereka memenangi bahagian itu.
Vardy menandatangani kontrak untuk Leicester City dalam Kejuaraan pada Mei 2012 dengan yuran perpindahan rekod sebanyak £1 juta dan membantu pasukan memenangi Kejohanan di Divisyen Liga One pada 2014. Pada musim Liga Perdana 2015–16, dia sanggup menjaringkan gol dalam sebelas laga Liga Perdana berturut-turut, bahkan memecahkan rekod yang dipegang Ruud van Nistelrooy sebelumnya. Ia pun terpilih sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana dan Pemain Terbaik FWA. Dia memenangi Kasut Emas Liga Perdana untuk musim 2019–20, menjadi pemain tertua untuk memenangi anugerah itu. Dengan bermain di final Piala FA 2021, dia menjadi pemain pertama yang bermain dalam setiap pusingan pertandingan, dari staji awal sampai ke akhiran.
Vardy membuat penampilan perdana antarabangsanya bagi pasukan kebangsaan England pada tarikh Jun 2015 dan dipilih untuk UEFA Euro 2016. Piala Dunia FIFA 2018 ialah penampilan antarabangsa terakhirnya untuk England.
Pencapaian
suntingStocksbridge Park Steels
- Northern Premier League Division One South play-off: 2008–09
- Piala Senior Sheffield & Hallamshire: 2008–09[4]
FC Halifax Town
- Divisyen Northern Premier League: 2010–11
Fleetwood Town
Leicester City
- Liga Perdana Inggeris: 2015–16[6]
- Kejohanan EFL Inggeris: 2013–14,[7] 2023–24[8]
- FA Cup: 2020–21[9]
- Perisai Komuniti FA: 2021[10]
Individual
- Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris 2015–16[6]
- Kasut Emas Liga Perdana Inggeris: 2019–20[6]
- Pemain Terhebat Northern Premier League: 1978–2018[11]
- Skuad XI Terbaik Northern Premier League: 1978–2018[12]
Rujukan
sunting- ^ "FIFA World Cup Russia 2018: List of Players: England" (PDF). FIFA. 15 July 2018. m/s. 10. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 June 2019.
- ^ "Player Profile". FC Halifax Town. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 June 2011. Dicapai pada 7 July 2011.
- ^ "Jamie Vardy". Leicester City F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 March 2023. Dicapai pada 6 March 2023.
- ^ "Stocksbridge Park Steels are the Senior Challenge Cup Champions". Sheffield & Hallamshire County FA. 30 April 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 May 2009. Dicapai pada 2 September 2009.
- ^ Rollin, Glenda; Rollin, Jack, penyunting (2012). Sky Sports Football Yearbook 2012–2013. London: Headline Publishing Group. m/s. 626, 644–645. ISBN 978-0-7553-6356-8.
- ^ a b c "Jamie Vardy: Overview". Premier League. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 March 2018. Dicapai pada 6 March 2023.
- ^ Anderson, John, penyunting (2014). Sky Sports Football Yearbook 2014–2015. London: Headline Publishing Group. m/s. 200–201. ISBN 978-1-4722-1251-1.
- ^ "Championship: 2023/24: Current table". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 5 May 2024.
"Leicester: Squad details: 2023/24". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 5 May 2024. - ^ McNulty, Phil (15 May 2021). "Chelsea 0–1 Leicester City". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 May 2021. Dicapai pada 15 May 2021.
- ^ Hafez, Shamoon (7 August 2021). "Leicester City 1–0 Manchester City". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 October 2021. Dicapai pada 8 August 2021.
- ^ "Vardy named as NLP's number one!". thenpl.co.uk. NPL. 16 June 2018. Dicapai pada 20 February 2023.
- ^ "Former Chester FC duo named in Northern Premier League's best ever team". Cheshire Standard. 16 April 2018. Dicapai pada 20 February 2023.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Jamie Vardy |
- Profile at the Leicester City F.C. website
- Jamie Vardy – Rekod persaingan UEFA
- Jamie Vardy – Rekod persaingan FIFA