Jambu kuning
Jambu kuning (nama botani: Xanthostemon chrysanthus) ialah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Myrtaceae yang tumbuh asal di hutan hujan Queensland utara Australia, New Guinea, Indonesia dan Filipina.[2][3]
Jambu kuning | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | X. chrysanthus
|
Nama binomial | |
Xanthostemon chrysanthus | |
Sinonim[1] | |
|
Ia ditanam sebagai tumbuhan hiasan di kawasan perumahan kerana bunga-bunga kuning segarnya yang banyak dan menunjuk menarik burung, ia juga ditanam untuk menampan angin.[3][2]
Botani
suntingPokok
suntingPokok jambu kuning tumbuh bersebelahan denai dan sungai.[3] Ia boleh tahan panas dan sinaran matahari terang serta tanah berasid.[2] Tumbuhan berbunga ini boleh tumbuh diantara 10-15 m tinggi dan 5–8 m lebar dan mudah hidup melata secara liar. Kulit batangnya kasar.
Dedaunnya rimbun. Sehelai daunnya berwarna hijau dan berbentuk bujur dengan ukuran 7–22 sm panjang pada 2–9.5 cm lebar. Pucuknya disusun secara berpusar. Kepala bunga atau putik bunga, tumbuh secara awal dalam kedudukan terminal atau axillary yang boleh berkembang hingga 15 cm (6 inci) dalam diameter. Putik bunga boleh menjadikan satu-satu bunga kuning keemasannya menjadi lebih kecil sehingga diameter 1–2 sm.
Bunga
suntingPembungaan bermula dari kapsul kayu kecil berwarna hijau atau coklat berukuran (1-1,5 cm) yang mengembang antara bulan Ogos dan February setiap tahun. Tetapi menariknya bunganya dapat bertahan bila-bila masa dalam setahun dalam erti kata lain boleh tahan sehingga setahun sebelum gugur.[4] Spesies ini kurang berbunga di tempat iklim sejuk seperti Sydney.[5]
-
Jambak-jambak bunga
jambu kuning di Brisbane -
Bunga jambu kuning dari dekat
Rujukan
sunting- ^ "Xanthostemon chrysanthus (F.Muell.) Benth". Plants of the World Online. Royal Botanical Gardens, Kew. 2023. Dicapai pada 17 Mei 2023.
- ^ a b c Ahmad Nazaruddin MR (15 October 2013). "Xanthostemon chrysanthus: Jambu kuning penyeri laman". Warna Warni FRIM. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2023.
- ^ a b c Zich, F.A.; Hyland, B.; T., Whiffen; Kerrigan, R.A. "Xanthostemon chrysanthus". Australian Tropical Rainforest Plants (RFK8). Pusat Penyelidikan Biokepelbagaian Tumbuhan, Kerajaan Australia. Dicapai pada 17 May 2023.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaEJ10
- ^ Walters, Brian (2007). "Xanthostemon chrysanthus". ANPSA. Persatuan Tumbuhan Asli Australia. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2013. Dicapai pada 13 May 2011.