Jambatan Kuala Besut
Jambatan Kuala Besut merupakan sebatang jambatan dalam daerah Besut, Terengganu yang menghubungkan kampung Seberang Kastam dengan Pekan Kuala Besut. Jambatan yang dibina merentangi muara Sungai Besut ini telah siap sepenuhnya pada 10 April 1984 dengan kos RM 5 juta dan telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Jambatan Kuala Besut جمبتن كوالا بسوت | |
---|---|
Ciri-ciri | |
Bilangan lorong | 2 lorong motokar, 1 lorong basikal |
Sejarah | |
Siap dibina pada | 10 April 1984[1] |
Dirasmikan | oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Kuala Besut |
sunting · sunting di Wikidata |