Jambatan Air Magdeburg
Jambatan Air Magdeburg (جمبتن اير مڬدبورڠ) (Jerman: Wasserstraßenkreuz Magdeburg) merupakan sebuah jambatan air di Jerman yang dibuka pada bulan Oktober 2003. Jambatan ini menghubungkan Terusan Elbe-Havel dengan Terusan Mittelland yang merentasi Sungai Elbe. Jambatan ini terkenal kerana ia merupakan jambatan air terpanjang di dunia dengan jumlah sepanjang 918 meter (3012 kaki).[1]
Jambatan Air Magdeburg جمبتن اير مڬدبورڠ | |
---|---|
Koordinat | 52°13′50″N 11°42′08″E / 52.230533°N 11.702336°EKoordinat: 52°13′50″N 11°42′08″E / 52.230533°N 11.702336°E |
Membawa | Kapal, pejalan kaki |
Menyeberangi | Sungai Elbe |
Lokasi | Magdeburg, Jerman |
Ciri-ciri | |
Panjang keseluruhan | 918 m (690 m di daratan dan 228 m di atas air) |
Lebar | 34 m |
Kedalaman air | 4.25 m |
Kelegaan atas | 90.00 m x 6.25 m |
Sejarah | |
Mula dibina | 1997 |
Siap dibina | 2003 |
Lokasi | |
sunting · sunting di Wikidata |
Terusan Elbe-Havel dan Terusan Mittelland sebelum ini telah bertemu berhampiran dengan Magdeburg tetapi di sisi yang bertentangan dengan Sungai Elbe yang berada pada ketinggian yang jauh lebih rendah daripada dua terusan ini. Kapal yang bergerak di antara dua terusan ini perlu melalui lencongan sepanjang 12 kilometer (7.5 batu), meneruni dari Terusan Mittelland melalui lif bot Rothensee ke Elbe dan kemudian belayar di hilir sungai sebelum ke Terusan Elbe-Havel melalui pintu air Niegripp.
Galeri
sunting-
Pandangan sisi jambatan.
-
Jambatan Air Magdeburg.
Rujukan
sunting- ^ "Magdeburg Canal Bridge". Structurae. Nicolas Janberg ICS. Dicapai pada 2011-01-07.
Bibliografi
sunting- Karl Jüngel, Das Wasserstraßenkreuz bei Magdeburg, Undated, ca. 2003
Pautan luar
suntingMedia berkenaan Jambatan Air Magdeburg di Wikimedia Commons
- Rencana berita - dw-world.de
- Galeri foto - snopes.com
- Pemandangan jambatan - Google Maps
- Magdeburg Canal Bridge di Structurae