Jam binari adalah sejenis jam yang memaparkan waktu perenampuluhan yang biasa kita gunakan dalam format perduaan (binari). Mula-mula, ia memaparkan setiap angka perpuluhan waktu perenampuluhan sebagai nilai perduaan, tetapi kini wujud juga jam perduaan sebetulnya. Kebanyakan jam binari adalah digital.

Jam perpuluhan berasaskan perpuluhan

sunting
 
Membaca jam BCD: Tambah nilai setiap lajur LED untuk mendapatkan enam angka perpuluhan. Masing-masing dua lajur untuk nilai jam, minit dan saat.
 

Jam binari biasanya menggunakan enam lajur LED untuk mewakili nilai sifar dan satu. Setiap lajur mewakili satu angka perpuluhan tunggal dalam format yang bergelar perpuluhan berkod perduaan (binary-coded decimal, BCD). Baris bawah dalam setiap lajur mewakili kuasa 1 (atau 20), dengan setiap baris di atasnya mewakili kuasa-kuasa dua hingga 23 (atau 8).

Untuk membaca setiap satu angka dalam waktu, pengguna menambah nilai-nilai yang diwakili oleh setiap LED yang bernyala, kemudian membaca semuanya dari kiri ke kanan. Dua lajur di kiri adalah nilai jamnya, dua lajur di tengah adalah minitnya dan dua lajur di kanan pula saatnya. Disebabkan angka sifar tidak bernyala, pengguna harus menghafal kedudukan setiap angka jika ingin menggunakan jam ini dalam keadaan gelap.

Cara membaca nombor perduaan

sunting

Dalam perduaan:
0 -> 0
1 -> 1
2 -> 10
3 -> 11
4 -> 100
5 -> 101
6 -> 110
7 -> 111
8 -> 1000
9 -> 1001
10-> 1010
11-> 1011
12-> 1100
Jika nombor-nombor dipaparkan sebegini anda mungkin menghadapi kesukaran membezakan 1, 2, 4, dan 8, jadi semua nombor dibubuh sifar pendepan agar mencapai empat angka.
Oleh itu:
0 -> 0000
1 -> 0001
2 -> 0010
3 -> 0011
4 -> 0100
5 -> 0101
6 -> 0110
7 -> 0111
8 -> 1000
9 -> 1001
(nyala = 1, gelap = 0)

Perduaan sebenar

sunting

Jam binari juga terdapat dalam bentuk perduaan sebenar untuk memaparkan waktu (jam, minit dan saat masing-masing satu nombor), berbanding dengan enam nombor untuk angka perpuluhan unit masa. Nombor-nombornya juga dipaparkan secara melintang:

 
Jam tangan perduaan sebenar Samui Moon buatan Time Technology. Jam ini memaparkan jam 3:25


Jam Minit Saat
32 1 1
16 0 1
8 1 0 0
4 0 1 0
2 1 0 0
1 0 1 1
10 37 49
 
Litar jam binari memaparkan waktu 13:49:37

Paparan di atas menggunakan tiga lajur nombor perduaan, iaitu unit jam, minit dan saat setiap satunya ada satu nombor.

Lihat juga

sunting