Jalan Negeri Kedah K674
Jalan Bakar Kapor (Laluan Negeri Kedah K674) ialah jalan raya negeri yang terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][1]
Jalan Negeri Kedah K674 | |
---|---|
Jalan Bakar Kapor Jalan Tepi Padang Golf | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Muda | |
Panjang | 0.80 km[1] (0.50 mi) |
Simpang utama | |
Hujung utara | Kampung Penghulu Him |
K661 Jalan Sungai Petani–Taman Intan K651 Jalan Penghulu Him–Sungai Layar Ujong K659 Jalan Kelab Sungai Petani–Sungai Layar | |
Hujung selatan | Sungai Petani |
Lokasi | |
Destinasi utama | Kampung Bakar Kapor |
Sistem lebuh raya | |
Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Gambaran keseluruhan
suntingJalan Bakar Kapor, juga dikenali dengan nama Jalan Tepi Padang Golf diselenggarakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 0.8 kilometer (0.5 bt).[1] Di kebanyakan bahagian di Jalan Bakar Kapor adalah jalan raya tunggal dua lorong.[3]
Permulaan laluan ini terletak di Sungai Petani, di persimpangannya dengan Jalan Taman Intan–Sungai Petani (atau Jalan Pangkalan; Laluan Negeri K661). Ia akan menuju ke arah utara melalui kawasan perumahan dan padang golf. Sebelum laluan tamat, akan terdapat sebuah bulatan, di mana laluan ini akan bersilang dengan Jalan Penghulu Him–Sungai Layar Ujong (Laluan Negeri K651). Selepas melepasi bulatan tersebut, laluan akan berakhir di Kampung Penghulu Him bersilang dengan Jalan Kelab Sungai Petani–Sungai Layar (atau Jalan Sungai Layar; Laluan Negeri K659).[3][4]
Persimpangan utama
suntingKesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[3][4] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Sungai Petani | 0.00 | K661 K661 — Butterworth, Tikam Batu, Taman Intan | Terminal selatan | ||
0.24 | Jalan Mawar — Kampung Bakar Kapor | Simpang tiga | |||
Kampung Penghulu Him | 0.80 | K651 K651 — Lencongan Barat, Semeling, Tanjung Dawai | Bulatan | ||
0.85 | K659 K659 — Kampung Sungai Layar, Kelab Sungai Petani | Simpang tiga | |||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |
Rujukan
sunting- ^ a b c @JKRKMS (29 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 7 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
- ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
- ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
- ^ a b Google Inc. "Peta Google — K674" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.
Pautan luar
sunting- Statistik Jalan (Edisi 2018) (PDF). Kuala Lumpur: Jabatan Kerja Raya Malaysia. 14 November 2018. ISSN 1985-9619.