Jakob Oetama
Dr (H.C.) Jakob Oetama atau 'Jakobus Oetama' (lahir di Borobudur, Magelang, 27 September 1931 – meninggal 9 September 2020 pada umur 88 tahun)[1] adalah pengasas dan editor akhbar Kompas, salah satu daripada akhbar utama di Indonesia. Pada 80-an Kompas Gramedia Group berkembang pesat dalam komunikasi. Kompas Gramedia Group mengendalikan media massa, kedai buku, percetakan, radio, hotel, lembaga pendidikan, pengurus persidangan, stesenTV hingga universiti. Cawangan Gramedia turut terdapat di Mines, Seri Kembangan, Malaysia.
Jakob Oetama | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 9 September 2020 | (umur 88)
Pekerjaan | Pengagas Harian Kompas |
Tahun aktif | 1965 - 2020 |
Anak-anak | Lilik Oetama Irwan Oetama |
Ibu bapa | Raymundus Josef Sandiyo Brotosoesiswo (ayah) Margaretha Kartonah (ibu) |
Hubungan | Soenarko (adik) Prayogo (adik) Hendroatmodjo (adik) |
Dia mengasaskan majalah Intisari pada 1963 meniru konsep Reader's Digest dari Amerika Syarikat.
Latar belakang
suntingMulanya Jakob ingin menjadi Pastor Kristian dan menyertai seminari Kristian di Jogjakarta. Tetapi kemudian menjadi seorang guru. Seterusnya menyertai penerbitan baru, mingguan Penabur pada 1955. Bersama rakannya, Petrus Tinggi Ojong, mereka mula menerbitkan Intisari pada 1963.
Pada 1965, KOMPAS dilahirkan. Apabila Ojong meninggal dunia pada tahun 1980, Jakob masih seorang wartawan. Kompas pantas menjadi harian terkemuka .
Ikrar Kesetiaan 1978
suntingPresiden Indonesia, Suharto menutup akhbar Kompas bersama-sama dengan 12 penerbitan lain pada 21 Januari 1978. Jakob dan Ojong dikehendaki menandatangani "ikrar kesetiaan". Antara lain, mereka mesti berjanji tidak akan menulis tentang keluarga atau soalan angkatan tentera Suharto , Angkatan Bersenjata Republik Indonesia atau ABRI.
Dia dan Ojong terpaksa berfikir tentang nasib 2,000 pekerjanya dan masa depan Kompas. Mereka terpaksa menandatangani itu. Kompas kembali disiarkan pada 6 Februari 1978.
Ada yang mengatakan dia terselamat kerana dasar memujuk pemimpin-pemimpin politik. Kumpulan akhbarnya masih mengamalkan kreatif.
Autobiografi
suntingDia menulis buku autobigrafi bertajuk ' Syukur Tiada Akhir: Jejak Langkah Jakob Oetama' dan diterbitkan di Jakarta. Buku ini menceritakan perjalanan kejayaan akhbar Kompas atau penerbitan oleh Kompas Gramedia Group. Jakob berumur 80 tahun pada 27 September 2011 dan masih meneruskan Kompas Gramedia Group.
Anugerah
suntingJakob memenangi banyak anugerah di Indonesia. Dia mengamalkan falsafah “bekerja adalah ibadah”, sebagai perluasan makna “Ora et Labora”. Kompas tidak sahaja berbentuk cetak tetapi ditatap di iPad, PlayBook atau Android.[2]
Jakob tidak dianggap sebaris dengan Mochtar Lubis (Indonesia Raya), Rosihan Anwar (Pedoman), Tasrif (Abadi), Ristides Katoppo (Sinar Harapan), Nono Anwar Makarim (Kami) atau Goenawan Mohamad (Tempo) yang dikenakan tindakan keras terutam pada era Suharto. Wartawan Rosihan Anwar sering menyindir dan menuduh Jakob dan mereka yang menandatangani ikrar sebagai 'kewartawanan kepiting' (wartawan ketam). Maksudnya akan menyepit jika ada kesempatan dan mendiam diri jika disergah.
Di Indonesia, wartawan veteran seperti Jufri Fikri, Rahman Arge Makassar, Lukman Setiawan dan Jaafar Assegaf dalam 70-an , masih lagi menulis sehingga kini.Walau menempoh banyak 'dosa', Jakob mencerminkan kecemerlangan kewartawanan untuk dedikasi, komitmen dan semangat perjuangan mereka. Dia dihormati kerana dapat mengekalkan api dalam perut sahaja.Ini kerana tidak semua berita boleh dipecah dan disebarkan.[3]
Rujukan
sunting- ^ Prodjo, Wahyu Adityo (9 September 2020). "Pendiri Kompas Gramedia Jacob Oetama Meninggal Dunia". Kompas.
- ^ "80 Tahun Jakob Oetama". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-13. Dicapai pada 2011-11-05.
- ^ Liew and Jakob the stuff of newspaper legend