Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara
Jajahan Mahkota Borneo Utara adalah salah satu siri evolusi Tanah Jajahan Empayar British yang diwujudkan pada tahun 1946, sejurus selepas pencairan Pentadbiran Tentera British.
Jajahan Mahkota Borneo Utara ججاهن مهكوتا بورنيو اوتارا | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1946–1963 | |||||||||
| |||||||||
Lagu kebangsaan: God Save the Queen Tuhan Selamatkan Ratu | |||||||||
Status | Jajahan United Kingdom | ||||||||
Ibu negara | Jesselton | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa India | ||||||||
Kerajaan | Jajahan mahkota | ||||||||
Gabenor Borneo Utara | |||||||||
• 1946-1949 | Edward Francis Twining | ||||||||
Badan perundangan | Majlis Mesyuarat Perundangan Borneo Utara | ||||||||
Sejarah | |||||||||
• Borneo Utara diserahkan kepada Tanah Jajahan Mahkota British | 18 Julai 1946[1] | ||||||||
31 Ogos 1963[2][3] | |||||||||
16 September 1963 | |||||||||
[[1]] | |||||||||
• Perkiraan 1949 | 351,000 | ||||||||
• Bancian penduduk | Laporan 1950 | ||||||||
Mata wang | Dolar Borneo Utara British, kemudian Dolar Malaya dan Borneo British | ||||||||
| |||||||||
Sekarang sebahagian dari | Malaysia |
Pentadbiran pemerintahan
suntingTuan Yang Terutama Gabenor Jajahan Mahkota Borneo Utara ialah jawatan tertinggi yang diterbitkan oleh Kerajaan British ke atas penaklukan Borneo Utara dari Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBUB). Perlantikan dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Raja George VI, dan kemudian Ratu Elizabeth II sehingga Borneo Utara mengecapi pemerintahan sendiri pada 31 Ogos 1963 dan bergabung bagi memebentuk Persekutuan Malaysia pada 16 Sepetember 1963.[4] Selepas pembentukan Malaysia, gelaran ini ditukar kepada 'Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah', dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia. Labuan pula bergabung bersama dengan Tanah Jajahan Mahkota Borneo Utara pada 15 Julai 1946.
Senarai Gabenor Jajahan Mahkota Borneo Utara
suntingNama | Dari | Hingga |
---|---|---|
Edward Francis Twining | 1946 | 1949 |
Herbert Ralph Hone | 1950 | 1954 |
Roland Evelyn Turnbull | 1954 | 1959 |
William Allmond Codrington Goode | 1959 | 1963 |
Rujukan
sunting- ^ Anthony Kirk-Greene (12 June 1999). On Crown Service: A History of HM Colonial and Overseas Civil Services, 1837-1997. I.B.Tauris. m/s. 183–. ISBN 978-1-86064-260-9.
- ^ "The National Archives DO 169/254 (Constitutional issues in respect of North Borneo and Sarawak on joining the federation)". The National Archives. 1961–1963. Dicapai pada 23 April 2015.
- ^ Philip Mathews (28 February 2014). Chronicle of Malaysia: Fifty Years of Headline News, 1963-2013. Editions Didier Millet. m/s. 15–. ISBN 978-967-10617-4-9.
- ^ Frans Welman. Borneo Trilogy Volume 1: Sabah. Booksmango. m/s. 159–. ISBN 978-616-245-078-5.
Bacaan lanjut
sunting- British North Borneo Becomes Crown Colony
- History (archive) Sabah State Archives – Chief Minister's Department