Jack the Giant Slayer
Jack the Giant Slayer (dahulunya berjudul Jack the Giant Killer) ialah filem pengembaraan fantasi Amerika Syarikat tahun 2013 berdasarkan kisah dongeng, "Jack the Giant Killer" dan "Jack and the Beanstalk".
Jack the Giant Slayer | |
---|---|
Pengarah | Bryan Singer |
Lakon layar | |
Cerita oleh |
|
Dihasilkan oleh | |
Dibintangi | |
Sinematografi | Newton Thomas Sigel |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | John Ottman |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Warner Bros. Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 114 minit[1] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bajet | $195 juta[2] |
Pecah panggung | $66,411,000[2] |
Pengarah
suntingFilem ini diarahkan Bryan Singer dan dibintangi Nicholas Hoult, Eleanor Tomlinson, Stanley Tucci, Ian McShane, Bill Nighy dan Ewan McGregor dengan lakon layar ditulis Darren Lemke, Christopher McQuarrie dan Dan Studney.
Ringkasan
suntingTemplat:Spoiler Filem ini mengisahkan Jack, seorang pekerja ladang muda yang menerima nenerapa biji benih kacang ajaib dari salah seorang sami di istana. Jack telah menunjukkan biji kacang tersebut kepada ayahnya, namun ayahnya tidak mempercayai mengenai mitos dahulu kala yang mengatakan biji kacang ajaib tersebut mampu menghasilkan jambatan pokok gergasi untuk pergi ke dunia para gergasi yang sungguh besar dan ganas itu. Tetapi sebiji dari biji kacang tersebut telah terjatuh ke bawah rumah Jack dan keadaan di hujan lebat di malam harinya. Dalam masa yang sama biji kacangvtersebut terkenas percikan air yang datangnya dari bumbung yang bocor di dalam rumah Jack. Kebetulan juga, seorang Puteri Isabella telah melarikan diri dari istana kerana tidak bersetuju dengan perintah raja untuk mengahwinkannya dengan pilihan hati baginda. Isabella berhenti berteduh di rumah Jack. Mereka berdua saling berkenalan dan dengan tiba-tiba pokok gergasi telah tumbuh melangit dan menghancurkan rumah Jack. Jack mesti menyelamatkan Isabella daripada dibunuh oleh kaum gergasi selepas secara tidak sengaja membuka gerbang ke dunia mereka. Keesokkan harinya, Raja dan para pengikutnya telah menahan Jack untuk mengetahui dimana Isabella berada sekarang. Jack memberitahu yang tuan puteri berada di atas pokok gergasi tersebut. Raja menitahkan agar sekumpulan pendaki yang hebat pergi menyelamatkan puterinya dengan segera.
Setelah seharian memanjat pokok bersama, akhirnya mereka sampai ke pintu gerbang kerajaan gergasi untuk mencari Isabella. Di dalam perjalanan, Jack bersama seorang lagi rakannya termasuk ke dalam perangkap makanan gergasi, namun dua orang rakannya menjadi tawanan Fee, salah seorang gergasi tersebut. Mereka ialah Elmont dan Crawe. Seorang lagi rakannya telah dibunuh jatuh ke dalam ngarai oleh Roderick, manakala seorang lagi menjadi santapan Foo, seorang lagi gergasi. Manakala Fye dan Fallon menyaksikan Jeneral Roderick ditabalkan menjadi raja yang baharu dalam sekumpulan gergasi. Selepas dipersembahkan, Crawe telah dimakan oleh Fallon. Namun Elmont dan Isabella masih terselamat. Roderick seorang yang tamak dan sanggup menggunakan para gergasi untuk berperang dengan manusia dengan tujuan untuk merampas kuasa dari kerajaan monarki Raja Cloister. Dek kerana Elmont dan Isabella menjadi mangsa tawanan yang masih hidup. Jack yang seorang diri akan menyelamatkan mereka berdua kerana Elmont dan Isabella bakal dimasak untuk dijadikan santapan Fallon. Seorang gergasi tukang masak berjaya dibunuh oleh Jack. Roderick telah mengarahkan Finn mengawal pintu gerbang tetapi dia mudah ditewaskan oleh Jack dan Elmont. Finn terbunuh akibat terjatuh ke dunia manusia. Raja Cloister menitahkan agar ditebang pokok gergasi tersebut demi menyelamatkan kerajaan baginda dari anasir gergasi tersebut. Roderick si pembelot bersama-sama kuncu-kuncunya bersedia untuk turun berperang dengan manusia di bawah. Tetapi Elmont dengan pantas telah menyerang Roderick untuk merampas semula mahkota suci supaya para gergasi tidak jadi berperang dengan manusia. Rodrerick berjaya dibunuh oleh Elmont tetapi mahkota tersebut telah tertanggal dari kepalanya lalu diambil oleh Jeneral Fallon, dengan itu Fallon ditabalkan menjadi raja gergasi yang baharu.
Di bahagian bawah, proses penebangan pokok gergasi sedang rancak berlaku. Namun mereka bertiga terselamat walaupun pokok tersebut tumbang sepenuhnya. Isabella menceritakan segalanya kepada ayahandanya. Jack diberikan penghargaan kerana menyelamatkan Isabella dan Elmont. Walaupun keadaan nampak semakin baik tetapi Fallon telah menemui sebuah beg yang berisi 4 biji benih kacang milik Jack yang tertinggal di negeri gergasi. Fallon telah menghidupkan semula pokok gergasi untuk terus ke bawah dan berperang dengan manusia. Selang beberapa jam kemudian, malapetaka telah tiba di dunia manusia, segerombolan gergasi telah membunuh ramai askar-askar istana. Setibanya di pintu gerbang Istana Cloister, Elmont mengarahkan pintu istana ditutup dan sungai di istana di siram minyak tanah lalu dinyalakan api sebagai perisai akhir agar para gergasi tidak berjaya menceroboh masuk ke dalam istana. Fallon pula telah terjatuh ke dalam sungai yang berapi dan mungkin disangkakan telah mati oleh Fye. Fye mengambil alih tugas Fallon untuk menghancurkan Istana Cloister. Namun Fallon masih terselamat dan dia telah berenang di bawah istana untuk menceroboh masuk melalui laluan kumbahan istana dan makam diraja. Fallon berjaya menceroboh masuk ke dalam istana. Fallon berjaya menangkap Isabella untuk dimakan tetapi Jack yang masih mempunyai sebiji lagi benih kacang telah mencampakkan ke dalam mulut Fallon lalu berjaya menghidupkan semula pokok gergasi yang mengakibatkan Fallon terbunuh.
Fye bersama-sama kuncunya berjaya juga memasuki pintu gerbang istana namun mereka terus melutut hormat kepada Jack kerana dia kini yang memiliki mahkota suci tersebut dan diangkat sebagai raja gergasi yang baharu menggantikan Fallon. Para gergasi diarahkan pulang dan pokok gergasi ditebang satu persatu. Jack dan Isabella dikahwinkan kemudian itu dan dikurniakan sepasang cahaya mata. Fee-Fa-Fi-Fum terus menjadi kisah dongeng para gergasi dan dijadikan kisah lagenda bagi masyarakat manusia terutamanya mengenai mahkota suci mengapa sang gergasi begitu menghormati pada sesiapa yang memiliki mahkota tersebut. Mahkota tersebut dikemaskan dan dikatakan menjadi tradisi yang digunakan oleh Raja/Ratu di England. Templat:Endspoiler
Pelakon
suntingRujukan
sunting- ^ "Jack the Giant Killer". British Board of Film Classification. 2013-02-18. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-22. Dicapai pada 2013-02-19. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b "Jack the Giant Slayer". Box Office Mojo. Dicapai pada 2013-03-01. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)