Pusat Perubatan Jerudong Park

hospital swasta di Brunei
(Dilencongkan daripada JPMC)

Pusat Perubatan Jerudong Park (bahasa Inggeris: Jerudong Park Medical Centre, singkatan: JPMC) merupakan sebuah hospital swasta di Brunei yang umumnya menyediakan perkhidmatan kesihatan khusus. Ianya terletak di Jerudong, kira-kira 20 kilometer dari Bandar Seri Begawan. Hospital ini juga menempatkan Gleneagles JPMC, pusat bagi rawatan penyakit jantung.

Pusat Perubatan Jerudong Park
Geografi
LokasiJerudong, Brunei dan Muara, Brunei
Koordinat4°57′1″N 114°49′43″E / 4.95028°N 114.82861°E / 4.95028; 114.82861Koordinat: 4°57′1″N 114°49′43″E / 4.95028°N 114.82861°E / 4.95028; 114.82861
Organisasi
PembiayaanSwasta
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
PengiktirafanJoint Commission International
Pautan
Laman sesawangwww.jpmc.com.bn

Lokasi

sunting

Pusat Perubatan Jerudong Park terletak tidak jauh dari Jerudong Park, taman hiburan dan pusat rekreasi keluarga terkenal di Brunei. Kompleks bangunan hospital terletak di pantai menghadap Laut Cina Selatan. Ianya juga dekat dengan Pusat Persidangan Antarabangsa BRIDEX.

Perkhidmatan

sunting

Pusat Perubatan Jerudong Park menyediakan perkhidmatan klinikal khusus bagi pesakit luar mahupun dalam, di antara mereka neurologi, gastroenterologi, histopatologi, nefrologi, kesihatan pekerjaan, psikologi, gigi, obstetrik dan ginekologi, dan pediatrik.[1] Perkhidmatan pembedahan juga tersedia untuk kes seperti telinga, hidung dan tekak (ENT); implantologi; oftalmologi; pembedahan plastik dan rekonstruktif; ortopedik; umum; pediatrik dan laparoskopi; dan urologi. Ada juga perkhidmatan sampingan seperti makmal, pengimejan diagnostik dan radiologi.

Gleneagles JPMC

sunting

Gleneagles JPMC adalah sebuah pusat dalam hospital yang menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk pesakit jantung. Pusat telah ditubuhkan pada 15 Julai 2002 dan mula beroperasi pada 8 Ogos 2002.[2] Ianya merupakan usaha sama (joint venture) di antara Kerajaan Brunei Darussalam dan Parkway Pantai, kumpulan penjagaan kesihatan swasta di Singapura.[3] Gleneagles JPMC dipunyai dan ditadbir oleh Parkway Pantai.

Akreditasi

sunting

Pusat Perubatan Jerudong Park telah diiktiraf oleh Joint Commission International sejak tahun 2004.[4]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Clinics - JPMC | Jerudong Park Medical Centre". JPMC | Jerudong Park Medical Centre (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-03-08.
  2. ^ (Inggeris) "About Us In Brief | Gleneagles JPMC". www.gleneaglesjpmc.com.bn. Dicapai pada 2017-03-08.
  3. ^ "Brunei - Parkway Pantai". www.parkwaypantai.com. Dicapai pada 2017-03-08.
  4. ^ (Inggeris) "JCI-Accredited Organizations | JCI". Dicapai pada 2017-03-08.

Pautan luar

sunting