JOOX

perkhidmatan strim muzik yang dibangunkan oleh Tencent

JOOX ialah sebuah perkhidmatan penstriman muzik yang dimiliki oleh Tencent dan dilancarkan pada Januari 2015.[1] JOOX adalah penstriman muzik yang terbesar dalam pasaran Asia seperti Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Thailand, Singapura, Filipina dan juga dalam pasaran Afrika Selatan. JOOX merupakan perkhidmatan freemium yang menyediakan banyak lagu yang percuma dan hanya sebahagian lagu yang hanya tersedia untuk pengguna premium yang ditawarkan melalui langganan berbayar.[2][3]

JOOX
Maklumat umum
URLwww.joox.com
JenisPenstriman muzik
Tersedia dalamBahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Burma
Bahasa Indonesia
Bahasa Melayu
Bahasa Thai
DitubuhkanJanuari 2015
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikTencent
Kandungan dan sokongan
IndustriMuzik
Pelantar disokongAndroid dan iOS Sunting nilai ini di Wikidata
Pembangun webTencent Sunting nilai ini di Wikidata
Ibu pejabat
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada tahun 2017, JOOX melancarkan perkhidmatan mereka di Afrika Selatan yang merupakan pasaran pertama mereka selain daripada kebanyakan pasaran mereka di Asia.[4] Perkhidmatan ini kini merangkumi lebih daripada 50% dari semua muat turun aplikasi penstriman muzik dalam pasaran mereka di Asia.[5][6] Bilangan pengguna penstriman mereka di Hong Kong, Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina, Myanmar dan Indonesia dijangkakan akan mencapai pengguna mereka sebanyak 87 juta pada tahun 2020.[7]

Latar belakang

sunting

Sebelum kemunculan JOOX, Tencent telah memiliki QQ Music yang merupakan perkhidmatan penstriman muzik dan muat turun yang terbesar di China. Pada tahun 2015, mereka memperkenalkan Joox sebagai perluasan perkhidmatan muzik mereka ke pasaran luar negera selain daripada Tanah Besar China.[8]

Di sebalik penyediaan perkhidmatan percuma dengan memainkan iklan audio kepada pengguna seperti Spotify dan perkhidmatan penstriman muzik yang lain,[9] JOOX memfokuskan pada iklan sepanduk, iklan percikan dan kaedah iklan lain seperti kategori senarai main dan kulit dalam aplikasi.[10] JOOX menawarkan akses premium VIP kepada pelanggan DStv tanpa sebarang cas. DStv adalah firma kepada Tencent dan merupakan penyedia TV berbayar utama di Afrika Selatan.[11]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "WeChat's Tencent enters music-streaming fray with Joox". Digital News Asia. 30 Jun 2015. Dicapai pada 24 Januari 2018.
  2. ^ "Tencent's JOOX uses curated playlists to dominate music streaming in Southeast Asia · TechNode". TechNode. 3 Januari 2017. Dicapai pada 24 Januari 2018.
  3. ^ Halim, Billy (27 Disember 2015). "JOOX : The Complete, Free, & Legal Music Streaming Apps". Medium. Dicapai pada 24 Januari 2018.
  4. ^ "Meet Joox, South Africa's newest music streaming service - Stuff". Stuff. 4 Julai 2017. Dicapai pada 24 Januari 2018.
  5. ^ Lee, Emma (22 Disember 2016). "[Update] Sanook Online Rebranded To Tencent Thailand". TechNode. Dicapai pada 2 Januari 2017.
  6. ^ Bundgaard, Karlsson, Lau, Pereira, Tycen, Axel, Alan, Andrew (November 2016). "The beat of progress: The rise of music streaming in Asia". Digital McKinsey. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-09. Dicapai pada 2020-12-13.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  7. ^ Lin, Liza; Kim, Yun-Hee (16 Disember 2016). "Apple, Spotify Face Upstart Rival in Streaming Music: China's Tencent". Wall Street Journal. ISSN 0099-9660. Dicapai pada 24 Januari 2018.
  8. ^ "Tencent's Joox music streaming service proves a hit across Asia". South China Morning Post. Dicapai pada 24 Januari 2018.
  9. ^ "Joox: We don't believe in conversion through audio ads". Campaign Asia. Dicapai pada 24 Januari 2018.
  10. ^ Staff. "JOOX makes its connected audience available to marketers". Marketing Interactive. Dicapai pada 24 Januari 2018.
  11. ^ "Get JOOX With DSTV". Multichoice RPilodia. Dicapai pada 16 Oktober 2018.