Jérôme d'Ambrosio

Jérôme d'Ambrosio (lahir 27 Disember 1985 di Etterbeek, Belgium) ialah seorang pemandu kereta lumba berketurunan Itali. Beliau memandu untuk Marussia Virgin Racing pada musim 2011, dan merupakan pemandu ujian Lotus F1 dari musim 2012. Berikutan pengantungan satu perlumbaan yang diberikan kepada Romain Grosjean, d'Ambrosio mengantikan pemandu Perancis tersebut untuk Grand Prix Itali 2012.

Jérôme d'Ambrosio
Jérôme d'Ambrosio di Berlin , 2022
Lahir (1985-12-27) 27 Disember 1985 (umur 38)
Etterbeek, Belgium
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
KewarganegaraanBelgium Belgium
Tahun aktif20112012
TeamsVirgin, Lotus
Entri20
Kejuaraan0
Kemenangan0
Podium0
Mata kerjaya0
Petak pertama0
Pusingan terpantas0
Perlumbaan pertamaGrand Prix Australia 2012
Perlumbaan terakhirGrand Prix Itali 2012
Kedudukan 2012Ke-23 (0 mata)

Kerjaya

sunting

D'Ambrosio memulakan kerjayanya dalam perlumbaan kart, antara tahun 1997 dan 2002. Beliau merupakan juara Belgium sebanyak 3 kali, dengan memenangi kelas Mini pada tahun 1996, Junior pada tahun 2000, dan Formula A pada tahun 2002. Beliau juga memenangi kejuaraan Junior Monaco Kart Cup pada tahun 2000, dan memenangi kejuaraan World Cup Formula A pada tahun 2002.

Euroseries 3000

sunting

Beliau menyertai kejuaraan Euroseries 3000, dan bersaing untuk Euronova Racing. Beliau mendapat tiga podium dan menamatkan musim di tempat kelima. Beliau juga mengambil dalam FIA GT Championship, dengan memandu sebuah Gillet Vertigo dalam kelas GT2.

Formula Master

sunting

Pada tahun 2007, d'Ambrosio mengambil bahagian dalam musim pertama siri International Formula Master dengan pasukan Cram Competition. Beliau memenangi lima perlumbaan, dan mendapat 100 mata, dan menjadi juara pertama kejuaraan tersebut.

Formula Satu

sunting

Pada bulan Januari 2010, d'Ambrosio telah diumumkan sebagai pemandu simpanan untuk Renault F1, selepas menyertai pasukan tersebut selepas dikaitkan dengan syarikat Gravity Sport Management.

Ia telah diumumkan pada 16 September bahawa d'Ambrosio akan menggantikan Lucas di Grassi untuk pasukan Virgin sebanyak empat kali dalam sesi latihan pada hari Jumaat: di Singapura, Jepun, Korea dan Grand Prix Brazil. Beliau menyampaikan berita ini kepada saluran TV Belgium, RTBF.[1] Pada sesi latihan bebas pertama pada hari Jumaat di Singapura, beliau mendapat tempat ke-21, di belakang rakan sepasukan, Timo Glock.

Virgin (2011)

sunting
 
D'Ambrosio di Grand Prix Sepanyol 2011.

Pada 21 Disember 2010, Virgin Racing mengesahkan bahawa d'Ambrosio akan berlumba untuk mereka bagi musim 2011.[2] Dalam 13 perlumbaan pertamanya untuk pasukan tersebut, d'Ambrosio menamatkan 11 perlumbaan dan bersara di Malaysia disebabkan oleh masalah elektronik, dan di Itali disebabkan masalah kotak gear. Keputusan terbaik beliau ialah di tempat ke-14, di Australia dan Kanada. Pada perlumbaan tanah airnya, di Grand Prix Belgium, beliau mendapat tempat ke-17, di hadapan rakan sepasukan, Timo Glock.

 
D'Ambrosio di Grand Prix Malaysia 2011.

D'Ambrosio menamatkan musim di tangga ke-24 dalam Kejuaraan Pemandu, di hadapan Glock, namun digantikan oleh Charles Pic untuk musim 2012.[3]

Lotus (2012-)

sunting

Pada 24 Januari 2012, ia telah mengumumkan bahawa d'Ambrosio akan menjadi pemandu simpanan untuk Lotus F1 bagi musim 2012. Beliau juga menjadi pengulas Sky Sports F1 untuk sesi latihan F1, GP2 dan GP3. Beliau juga menjadi pengulas untuk saluran RTBF dalam bahasa Belgium-Perancis untuk perlumbaan F1.

D'Ambrosio membuat penampilan sulungnya untuk Lotus di Grand Prix Itali. Beliau mengantikan Romain Grosjean, yang digantung satu perlumbaan kerana menyebabkan kemalangan yang melibatkan beberapa buah kereta yang lain di Belgium.[4] Beliau bermula dari tempat ke-16, namun dinaikkan ke tempat ke-15, berikutan penalti kedudukan yang dikenakan untuk Pastor Maldonado.[5] Beliau menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ke-16.[6]

Rekod perlumbaan

sunting

Ringkasan kerjaya

sunting
Musim Siri Pasukan Perlumbaan P/Pertama Kemenangan Mata Kedudukan
2003 Formula Renault 1.6 Belgium Thierry Boutsen Racing ? ? ? ? Pertama
Formula König ? ? ? ? 240 Ke-4
2004 Championnat de France Formula Renault 2.0 Graff Racing 14 0 0 156 Ke-4
Eurocup Formula Renault 2.0 7 0 0 28 Ke-16
2005 Formula Renault 2.0 Italia Euronova Racing 17 1 1 199 Ke-4
Formula Renault 2.0 Italia Winter Series 2 ? 2 40 Ke-3
Eurocup Formula Renault 2.0 6 0 0 22 Ke-15
Italian Formula 3000 Light 1 0 0 9 Ke-6
2006 Euroseries 3000 Euronova Racing 10 0 0 39 Ke-5
Formula Renault 3.5 Series Tech 1 Racing 7 0 0 0 NC
FIA GT Championship Gillet Vertigo Streiff (GT2) 1 0 0 0 NC
2007 International Formula Master Cram Competition 16 1 5 100 Pertama
2008 GP2 Series DAMS 20 0 0 21 Ke-11
GP2 Asia Series 10 0 0 12 Ke-11
2008–09 GP2 Asia Series DAMS 11 1 0 36 Ke-2
2009 GP2 Series DAMS 20 0 0 29 Ke-9
2010 GP2 Series DAMS 18 1 1 21 Ke-12
Formula Satu Renault F1 Team Pemandu ujian
Formula Satu Virgin Racing Pemandu ujian
2011 Formula Satu Marussia Virgin Racing 19 0 0 0 Ke-24
2012 Formula Satu Lotus F1 Team 1 0 0 0 Ke-23
2013 Formula Satu Lotus F1 Team Pemandu ujian

Keputusan lengkap GP2 Series

sunting

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 DC Mata
2008 DAMS ESP
FEA

Ret
ESP
SPR

15
TUR
FEA

Ret
TUR
SPR

Ret
MON
FEA

9
MON
SPR

7
FRA
FEA

6
FRA
SPR

Ret
GBR
FEA

9
GBR
SPR

12
GER
FEA

Ret
GER
SPR

11
HUN
FEA

9
HUN
SPR

Ret
EUR
FEA

5
EUR
SPR

2
BEL
FEA

8
BEL
SPR

2
ITA
FEA

7
ITA
SPR

6
Ke-11 21
2009 DAMS ESP
FEA

3
ESP
SPR

3
MON
FEA

6
MON
SPR

2
TUR
FEA

Ret
TUR
SPR

15
GBR
FEA

19
GBR
SPR

12
GER
FEA

10
GER
SPR

7
HUN
FEA

16
HUN
SPR

Ret
VAL
FEA

9
VAL
SPR

4
BEL
FEA

Ret
BEL
SPR

Ret
ITA
FEA

4
ITA
SPR

4
POR
FEA

Ret
POR
SPR

10
Ke-9 29
2010 DAMS ESP
FEA

Ret
ESP
SPR

10
MON
FEA

8
MON
SPR

1
TUR
FEA

10
TUR
SPR

8
VAL
FEA

Ret
VAL
SPR

8
GBR
FEA

11
GBR
SPR

11
GER
FEA
GER
SPR
HUN
FEA

6
HUN
SPR

Ret
BEL
FEA

Ret
BEL
SPR

Ret
ITA
FEA

5
ITA
SPR

2
ABU
FEA

14
ABU
SPR

8
Ke-12 21

Keputusan lengkap GP2 Asia Series

sunting

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 DC Mata
2008 DAMS DUB1
FEA

11
DUB1
SPR

8
IDN
FEA

Ret
IDN
SPR

Ret
MYS
FEA

3
MYS
SPR

Ret
BHR
FEA

11
BHR
SPR

12
DUB2
FEA

7
DUB2
SPR

3
Ke-11 12
2008–09 DAMS CHN
FEA

9
CHN
SPR

5
DUB
FEA

7
DUB
SPR

C
BHR1
FEA

2
BHR1
SPR

3
QAT
FEA

5
QAT
SPR

7
MYS
FEA

Ret
MYS
SPR

DSQ
BHR2
FEA

3
BHR2
SPR

2
Ke-2 36

Keputusan lengkap Formula Satu

sunting

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 WDC Mata
2010 Virgin Racing Virgin VR-01 Cosworth CA2010 2.4 V8 BHR AUS MAL CHN ESP MON TUR CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN
TD
JPN
TD
KOR
TD
BRA
TD
ABU
2011 Marussia Virgin Racing Virgin MVR-02 Cosworth CA2011 2.4 V8 AUS
14
MAL
Ret
CHN
20
TUR
20
ESP
20
MON
15
CAN
14
EUR
22
GBR
17
GER
18
HUN
19
BEL
17
ITA
Ret
SIN
18
JPN
21
KOR
20
IND
16
ABU
Ret
BRA
19
Ke-24 0
2012 Lotus F1 Team Lotus E20 Renault RS27-2012 V8 AUS MAL CHN BHR ESP MON CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA
13
SIN JPN KOR IND ABU USA BRA Ke-23 0

Rujukan

sunting
  1. ^ Wood, Ryan (2010-09-19). "D'Ambrosio akan mengantikan Di Grassi untuk sesi latihan Jumaat". thef1times.com. The F1 Times.
  2. ^ "Jerome D'Ambrosio akan berlumba untuk Virgin untuk tahun 2011". BBC News. 2010-12-21. Dicapai pada 2010-12-21.
  3. ^ "Pemandu Marussia Virgin Racing untuk musim 2012". Virgin Racing. 27 November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-29. Dicapai pada 27 November 2011.
  4. ^ "D'Ambrosio akan mengantikan Grosjean". planet-f1.com. TEAMtalk media. 2012-09-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-15. Dicapai pada 2012-09-04.
  5. ^ "Petak GP Itali 2012". F1Fanatic. Dicapai pada 2012-09-09.
  6. ^ http://www.formula1.com/results/season/2012/876/7107/

Pautan luar

sunting
Kedudukan sukan
Didahului oleh
Jan Charouz
Juara International Formula Master
2007
Diikuti oleh:
Chris van der Drift