Istiadat Mengarak Panji-Panji
Istiadat Mengarak Panji-Panji (bahasa Inggeris: Trooping the Colour ) adalah upacara yang dilakukan oleh rejimen-rejimen tentera British dan Komanwel. Ia telah menjadi tradisi rejimen infantri British semenjak abad ke-17, namun asal-usulnya dapat dijejak lebih awal lagi. Di medan tempur, panji-panji rejimen, atau bendera, telah digunakan sebagai tanda tempat berkumpul. Dengan itu, para rejimen diiringi oleh pegawai muda yang berjalan perlahan bersama panji-panji mereka di antara barisan bagi membolehkan para askar mengenali panji-panji rejimen mereka.
Semenjak tahun 1748, istiadat ini juga menandakan hari keputeraan rasmi Ratu atau Raja United Kingdom.[1] Ia diadakan di London setiap tahun pada hari Sabtu bulan Jun oleh Perarakan Pengawal Berkuda di Taman St. James[2] bertepatan dengan pengisytiharan Senarai Kurniaan Hari Keputeraan Ratu. Antara mereka yang hadir adalah kerabat diraja, dif-dif kehormat, tetamu jemputan dan orang awam.
Turutan acara
suntingBaginda Ratu bergerak melalui The Mall dari Istana Buckingham dalam perarakan diraja bersama pengiring Ratu Kavalri Istana (pengawal berkuda). Selepas menerima tabik hormat diraja, baginda memeriksa pasukan Divisyen Istana – iaitu askar berjalan kaki dan pengawal berkuda – dan Trup Istiadat Raja, Artileri Kuda Diraja. Setiap tahun, salah satu rejimen pengawal kaki akan dipilih untuk mengarak panji-panjinya melalui barisan pengawal. Kemudian seluruh Divisyen Istana berhimpun melakukan perarakan di hadapan Ratu, yang memberikan tabik hormat dari pentas diraja. Melangkah dengan senapangnya, Pasukan Istiadat Raja mendahului perarakan sambil pasukan berkuda melakukan perbarisan berjalan laju dalam tempoh perlahan dan cepat.
Muzik dipersembahkan oleh pancaragam-pancaragam kaki dan berkuda Istana bersama dengan Kor Gendang dan peniup seruling,semuanya berjumlah kira-kira 400 ahli muzik.
Sekembalinya baginda Ratu (atau Raja) ke Istana Buckingham, baginda akan menonton perbarisan seterusnya dari luar pagar. Disusuli 41 das tembakan hormat meriam oleh Trup Istiadat Raja di Taman Green, baginda bersama kerabat Diraja naik ke atas balkoni istana untuk formasi terbang lintas hormat oleh Tentera Udara Diraja.
Penyiaran
suntingUpacara ini disiarkan secara langsung oleh BBC di UK dan juga ditonton di Jerman, Austria dan Belgium dan melalui streaming langsung dari BritBox di Amerika Syarikat dan Kanada. Dalam istiadat perarakan tahun 2018, Associated Press menyediakan siaran secara langsung acara itu kepada penonton diseluruh dunia pada saluran YouTube majalah Time dan halaman Facebook surat khabar British The Telegraph. Pada tahun 2019, BBC mengambil alih siaran dalam talian menerusi saluran Youtubenya, menyediakan siaran langsung televisyen untuk siaran antarabangsa kedua acara itu.
Lihat juga
sunting- Perarakan tentera
- Senarai perarakan Angkatan Tentera British
- Senarai Istiadat Mengarak Panji-Panji mengikut Tarikh, Rejimen dan Raja dari 1895
- Burmese (kuda)
- Winston (kuda)
- Pertukaran Pengawal di Istana Buckingham, Perarakan Pengawal Berkuda dan Istana kota Windsor
- Beating Retreat
- Penghormatan perang
- Hari Peringatan (Komanwel)
- Persembahan Panji-Panji
- Perarakan Pengawal Diraja Thai
- Hanover Schützenfest, termasuk perarakan ahli tembak terbesar di Jerman
- Bayerischer Defiliermarsch, perarakan Bavaria yang digunakan dalam keadaan sama
- Istiadat Mengarak Panji-panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Nota
suntingRujukan
sunting- ^ Trooping The Colour at Turnipnet's British Military Ceremonial website
- ^ Trooping the Colour at the British Monarchy official website
Bibliografi
sunting- Her Majesty The Queen's Birthday Parade. Saturday 17 June 2006 and 16 June 2007. Official programme.
- n.a. The Guards : Changing of the Guard, Trooping the Colour, The Regiments. Norwich: Jarrold Publishing, 2005. A Pitkin Guide. (This revised edition published 1990. Originally published by Macmillan Press Ltd., 1972) ISBN 0-85372-476-8
- Trooping the Colour. BBC 1 and 2 television coverage, 11 June 2005, 17 June 2006 and 16 June 2007.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Istiadat Mengarak Panji-Panji |
- Household Division Ceremonial Events
- Details of the sovereign's birthday parade from 1895 to date
- Photos from Trooping the Colour 2006 from the official 80th birthday site of the Queen
- Order of Trooping the Colour
- Information about the Trooping the Colour from the UK Army homepage
- Prince William in first Trooping the Colour parade
- 2013 Trooping the Colour parade
- Behind The Scenes At Trooping The Colour With The King's Troop
- Critchlow, Andrew (13 June 2014). "Trooping the Colour: 6 life lessons you can learn from the drill square". The Daily Telegraph.