Isteri Dalam Sangkar
Isteri Dalam Sangkar adalah merupakan drama adaptasi novel karya Wardina Aisyah yang disiarkan di Unifi TV bermula 17 Oktober 2018. Dibintangi oleh Nina Iskandar, Azrel Ismail, Sherie Merlis, Aishah Azman, Aidil Aziz dan ramai lagi. Mula ditayangkan setiap hari Rabu dan Khamis jam 9:30 malam.[1]
Isteri Dalam Sangkar | |
---|---|
Genre | Cinta Keluarga Konflik |
Berdasarkan daripada | Isteri Dalam Sangkar karya Wardina Aisyah |
Pencipta | Wardina Aisyah |
Pengarah | Ejump Mohd |
Dibintangi oleh | Nina Iskandar Azrel Ismail Aidil Aziz Aishah Azman |
Lagu pembukaan | Mengapa Harus Aku - Alyah feat Farawahida |
Lagu penutup | Mengapa Harus Aku - Alyah feat Farawahida |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 31 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Jane Lim Wan Rozita Alhadad Khan Haslinda Abdul Rahman |
Penerbit | Emily Wee David Teo |
Pemasangan kamera | Tetapan multi kamera |
Tempoh siaran | 48 minit (per episod) |
Syarikat penerbitan | Mangkin Prestij |
Penyiaran | |
Saluran asal | Unifi TV |
Format gambar | 1080i |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 17 Oktober 2018 – 24 Januari 2019 |
Sinopsis
suntingAisyah (Nina Iskandar) dijaga oleh mak cik Aini (Sherie Merlis) dan kedua anaknya Fasha (Aishah Azman) dan Farid (Ungku Hariz) setelah kematian ibubapanya. Layanan yang diterima oleh Aisyah sangat dingin. Dia diperhambakan di rumah sendiri. Pernikahan tanpa sengaja antara Aisyah & Tengku Iskandar (Azrel Ismail) menambahkan lagi kesengsaraan. Adakah bahagia akan muncul dalam hidup Aisyah?
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Nina Iskandar sebagai Siti Aisyah
- Azrel Ismail sebagai Tengku Iskandar
- Aidil Aziz sebagai Tengku Haziq
- Aishah Azman sebagai Fasha
Pelakon pembantu
sunting- Sherie Merlis sebagai Mak Su Aini
- Ungku Hariz sebagai Farid
- Dayang Areeda sebagai Ros
- Amreen Shukry sebagai Irham
- Azwan Kombos sebagai Danish
- Shima Anuar sebagai Puteri Waiduri
- Nazia Mustafar sebagai Tengku Maria
- Edika Yusof sebagai Tengku Yusof
- Elmy Moin sebagai Roy
- Vicha Saywho sebagai Laila
- Dilla Ahmad
- Shahrul Anuar sebagai Abu
- Ayuni Hashim sebagai Safira
Rujukan
sunting- ^ Drama Isteri Dalam Sangkar mcentralmy. Dicapai pada 30 Mac 2023.