Istana Negeri Kubang Kerian
Istana Negeri terletak di Kubang Kerian, Kota Bharu dan dibina pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Istana ini mulai dibina pada tahun 1974 dan siap pada tahun 1978.
Istana ini pernah digunakan sebagai tempat persidangan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali ke 141 pada tahun 1987. Pada masa ini, Istana ini digunakan untuk keraian istiadat-istiadat D'Raja dan majlis-majlis rasmi negeri. Kini Istana Negeri menjadi istana rasmi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan Yang DiPertuan Negeri Kelantan Darulnaim.[1]