Ismail Mohamed Said
Dato' Sri Dr. Ismail bin Mohamed Said ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri (2020-2022), mantan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (2013-2018) dan mantan Ahli Parlimen Maran selama empat penggal (2004-2022). Di peringkat parti, beliau ialah Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau[2].
Ismail bin Mohamed Said PJN; SSAP (Pah), KMN | |
---|---|
Timbalan Menteri Dalam Negeri I | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Menteri | Hamzah Zainudin |
Didahului oleh | Dirinya sendiri |
Digantikan oleh | Shamsul Anuar Nasarah |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Menteri | Hamzah Zainudin |
Didahului oleh | Mohd Azis Jamman |
Digantikan oleh | Dirinya sendiri |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kuala Krau, Pahang | |
Dalam jawatan 2004 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Kamal Ashaari |
Majoriti | 2,876 (PRU-14) 6,205 (PRU-13) 5,265 (PRU-12) 7,351 (PRU-11) |
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia | |
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Yang di-Pertua Dewan Rakyat | Pandikar Amin Mulia |
Didahului oleh | Wan Junaidi Tuanku Jaafar |
Digantikan oleh | Mohd Rashid Hasnon Nga Kor Ming |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kuala Krau, Temerloh, Pahang | 7 September 1965
Parti politik | UMNO (Kini) |
Gabungan politik lain | BN (Kini) PN (2020-2021) |
Pasangan | Datin Nor Azimah Abdul Mubin Datin Rose Norasyikin Abdullah |
Pekerjaan | Anggota Parlimen |
Gaji | RM68,347.65 sebulan[1] |
Keluarga
suntingBeliau mempunyai dua isteri iaitu Datin Nor Azimah Abdul Mubin (45), guru sekolah menengah di Temerloh, Pahang. Seorang lagi ialah Datin Rose Norasyikin Abdullah (25) seorang anggota polis di Cheras. Pada 16 Mac 2010, Datuk Ismail membawa dua isterinya menghadiri persidangan Dewan Rakyat.
Kerjaya Politik
suntingBeliau dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) yang baru bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 September 2010 yang menggantikan Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman. Pada penggal Parlimen ke-13, beliau dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Undi | Peratusan | Lawan | Undi | Peratusan | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Ismail Mohamed Said (UMNO) | 16,021 | 64% | Musaniff Ab Rahman (PAS) | 8,670 | 34% | ||
2008 | Ismail Mohamed Said (UMNO) | 16,165 | 59% | Kamal Ashaari (PAS) | 10,900 | 40% | ||
2013 | Ismail Mohamed Said (UMNO) | 21,575 | 57% | Shahril Azman Abd Halim (PAS) | 15,370 | 41% | ||
2018 | Ismail Mohamed Said (UMNO) | 18,058 | 47% | Kamal Ashaari (PAS) | 15,182 | 40% | ||
Mohd Rafidee Hassim (PPBM) | 5,071 | 13% |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
- ^ https://fikrahpahang.com.my/6-ketua-umno-bahagian-menang-tanpa-bertanding-di-pahang/