Ismail Yusoff
(Dilencongkan daripada Ismail Bin Yusoff)
Dato' Haji Ismail Bin Yusoff (1915 - 9 Julai, 1988) merupakan seorang bekas mufti negeri Kelantan. Anak lelaki kepada Haji Yusoff Bin Muhamad Diah ini telah dilahirkan pada tahun 1915 di Kampung Gong Kemuning, Pasir Puteh, Kelantan. Beliau meninggal dunia di Kampung Sireh, Kota Bharu pada hari Sabtu, 9 Julai 1988.
Ismail Yusoff |
---|
Latar belakang
suntingHaji Ismail merupakan orang pertama yang memegang jawatan sebagai Timbalan Mufti Negeri Kelantan bermula pada 15 Oktober, 1979 setelah jawatan ini diwujudkan pada tahun yang sama. Beliau memegang jawatan ini selama lapan tahun sehingga 31 Mac, 1987 sebelum dilantik sebagai mufti negeri Kelantan pada 1 April 1987.
Sumbangan
suntingDi antara sumbangan-sumbangan Haji Ismail adalah;
- Menubuhkan Maktab Perguruan Islam, Jalan Bayam (kini Maktab Pengajian Islam)
- Merupakan pengarang Majalah Pengasuh pada tahun 1964-1965.
Rujukan
sunting
Pautan luar
sunting- SEJARAH DAN PERKEMBANGAN INSTITUSI FATWA DI NEGERI KELANTAN, PDF- Oleh Noor Naemah Abd. Rahman
- Maklumat lanjut Dato' Haji Ismail Bin Yusoff di laman jpn.kelantan[pautan mati kekal]