Islam telah muncul lama dalam sejarah Sepanyol. Ia adalah agama paling berpengaruh dari 711 M hingga ke 1492 M di bawah pemerintahan Orang Moor Al-Andalus. Kini, seperti pada Disember 2005, kira-kira 3% penduduk Sepanyol menganut Islam [1].

Masjid Mezquita dijadikan gereja setelah Reconquista

.

Sejarah

sunting

Penaklukan Islam Sepanyol

sunting

Pada 711 M, tentera Muslim menyerbu Sepanyol dan menakluk Semenanjung Iberia pada 718 M. Pada 711, Bani Moor menakluki Sepanyol penganut kristian Visigoth. Di bawah perintah ketua Berber mereka Tariq ibn-Ziyad, mereka tiba di Gibraltar pada 30 April dan membawa kebanyakan bahagian Semenanjung Iberia, (kecuali kawasan-kawasan kecil di barat daya wilayah Asturias dan Basque), di bawah pemerintahan Islam selama lapan tahun. Mereka cuba untuk berpindah ke timur laut merentasi Pergunungan Pyrenees terhadap Perancis, tetapi dikalahkan oleh Kristian Frank Charles Martel di Perang Tours pada 732. Orang Moor memerintah Afrika Utara, sebahagian wilayah-wilayah Sepanyol dan Portugal di Pyrenees) untuk tempoh yang berbeza, biasanya diukur dengan abad, julatnya dari hanya 28 tahun di timur laut Sepanyol (Galicia), hingga selama 781 tahun di kawasan tenggara Sepanyol yang bergunung, di sekitar bandar Granada. Walaupun tidak dibuktikan, adalah dipercayai umum bahawa ikatan persaudaraan berkait dengan tentera Arab/Barbar menakluki semenanjung Iberia adalah disebabkan berpusatnya kerajaan di bawah pemerintahan Visigoth. Setelah kalahnya Roderick, kekuasaan Visigoth ke atas semenanjung Iberia bertambah dan menjurus dari pantai utara Sepanyol, dan wilayah Septimania (sebuah daerah Perancis dari Pyrenees ke Provence), sebuah daerah yang dahulunya di bawah pemerintahan Visigoth telah diletakkan di bawah pemerintahan Islam.

Pemerintahan Islam di Sepanyol

sunting

Pada suatu masa, Sepanyol telah menjadi salah satu tamadun Islam yang hebat, mencapai puncaknya dengan Kerajaan Bani Ummaiyyah pada abad kesepuluh. Orang Islam Sepanyol dianggap mempunyai fasa lima peringkat berbeza [2]:

  • Emiriah Bergantung (711-756);
  • Emiriah Bebas (756-929);
  • Khalifah (929-1031);
  • Era Almoravid (1031-1130);
  • Kejatuhan (1130-1492).

Penganut Kristian dan Yahudi yang tinggal di Sepanyol pada waktu ini tidak menghadapi sekatan dan dilayan dengan amat baik, era itu pada umumnya ditandakan sebagai era toleransi. [3]

Kejatuhan Islam di Sepanyol

sunting

Kawalan Islam Sepanyol telah terhakis secara perlahan oleh Reconquista Sepanyol. Reconquista (Taklukan semula) adalah proses yang digunakan kerajaan-kerajaan Kristian Sepanyol utara untuk akhirnya berjaya mengalahkan dan menakluki negeri-negeri Islam selatan di Semenanjung Iberia. Bandar utama pertama yang jatuh ke dalam kekuasaan Kristian adalah Toledo pada 1085 [4]. Akan tetapi, hanya pada 1492, apabila Granada, bandar Muslim yang terakhir, jatuh ke Kristian di bawah tangan Ratu Isabella dengan suaminya Ferdinand dari Aragon, barulah ia berakhir [5]. Kebanyakan orang bukan-Katolik dipaksa untuk meninggalkan Sepanyol atau menganut Katolik, jika tidak mahu menghadapi penyeksaan atau kematian.

Islam dalam Sepanyol moden

sunting

Pada dekad baru-baru ini, penghijrahan telah menyebabkan kemunculan semula orang Islam, dengan lebih dari 1 juta orang Islam menetap di Sepanyol, yang majoritinya orang Maghribi yang datang untuk bekerja. Walaupun mereka ada hak untuk menetap dan bekerja, sesetengah mereka bukan warganegara Sepanyol.

Masjid pertama Basharat mosque dibangun pada tahun 1982 oleh ahmadiyah setelah runtuhnya kekhalifahan islam di Spanyol pada abad 15. [6] [ http://wikimapia.org/14032646/Basharat-Mosque ]

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting


(Indonesia) [ http://sinarislam.wordpress.com/2010/03/23/satu-tanda-kebenaran-islam-terbaru-dan-cemerlang/#more-900 masjid basharat, masjid pertama setelah keruntuhan islam di spanyol ]