Islam di Iceland
Iceland mungkin mempunyai bilangan Muslim yang tersedikit di mana-mana negara, tidak termasuk negara mikro yang terkecil. Telah dikatakan bahawa negara ini mempunyai hanya 321 orang Muslim, walaupun sumber-sumber lain memberikan bilangan sebanyak 500 atau 800 [perlu rujukan].
Meskipun atau mungkin kerana ini, terdapat Persatuan Muslim di Iceland (Félag Múslima á Íslandi). Pertubuhan ini ditubuhkan pada 1997 dan mempunyai 329 anggota. Kebanyakan Muslim negara ini tinggal di atau berdekatan dengan Reykjavík, tetapi ada juga sebilangan kecil di Dalvík. Terdapat sebuah masjid untuk mereka sejak 2002 untuk mendirikan solat jamaah. Terdapat sebuah kumpulan teras 30 individu berkenaan dengan rumah ibadah ini. Walau bagaimanapun, pembinaan masjid baru di Reykjavik telah tertunda kerana terdapat isu antara pertubuhan dan kerajaan mengenai saiznya.
Pautan luar
sunting- (Inggeris)Islam Online article by Anna Linda Traustadóttir on being an Icelandic convert to Islam Diarkibkan 2007-04-15 di Wayback Machine
- (Inggeris)US government report