Islam di Belanda
Penduduk Islam Belanda adalah pelbagai. Salah satu kumpulan pertama yang menubuhkan sebuah tempat tetap di Belanda adalah orang-orang yang berasal dari Indonesia. Pada waktu itu, Indonesia adalah tanah jajahan Belanda dan orang-orang dari Indonesia dibenarkan untuk belajar di Belanda.
Pada dekad-dekad 1970-an dan 1980-an, Belanda memerlukan tenaga kerja yang lebih besar dan terpaksa mencarikannya di luar sempadan. Orang-orang dari Turki, Maghribi, Algeria, dan sebilangan negara Islam yang lain dibenarkan tinggal di Belanda secara sementara. Bagaimanapun, kebanyakan mereka tinggal secara tetap dan memulakan kehidupan yang baru di negara ini. Oleh itu, komuniti Islam di Belanda berkembang dengan ketara.
Sebuah tinjauan pendapat terkini oleh Motivaction/GPD yang melibatkan 1,200 orang dewasa Belanda (+/- 3%) mendapati bahawa pada bulan Mei 2006, 63% daripada warganegara Belanda berasa bahawa agama Islam adalah tidak secocok dengan kehidupan Eropah moden. [1]
Keadaan demografi
suntingMenurut Biro Statistik Pusat (CBS), sebuah syarikat kerajaan Belanda, 5.8% daripada jumlah penduduk Belanda adalah Muslim (1 Januari 2004):
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Laman web Angus-Reid: Islam tidak secocok dengan Eropah, kata Belanda". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-11. Dicapai pada 2007-03-28.
- ^ "Komuniti Islam Belanda akan mencapai 1 juta pada tahun 2006". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-11-06. Dicapai pada 2007-03-28.
- ^ Hampir sejuta Muslim di Belanda.