Ishinomaki, Miyagi
Ishinomaki (石巻市 , Ishinomaki-shi) ialah sebuah bandar yang terletak di Wilayah Miyagi, Jepun.
Bandar Ishinomaki
石巻市 | |
---|---|
Bandar | |
Negara | Jepun |
Kawasan | Tōhoku |
Wilayah | Wilayah Miyagi |
Keluasan | |
• Jumlah | 555.36 km2 (214.43 batu persegi) |
Penduduk (1 Januari 2010) | |
• Jumlah | 164,294 |
• Kepadatan | 295.83/km2 (766.2/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+9 (Waktu Piawai Jepun) |
- Pokok | Pinus thunbergii |
- Bunga | Azalea |
Nombor telefon | 0225-95-1111 |
Alamat | 14-1 Kokucho, Ishinomaki-shi, Miyagi-ken 986-8501 |
Laman sesawang | www.city.ishinomaki.lg.jp |
Sejarah
suntingBandar ini diasaskan pada 1 April 1933.
Bencana 2011
suntingBandar Ishinomaki adalah antara yang paling teruk terjejas oleh bencana gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011.[1][2] Ombak tsunami setinggi kira-kira 10 meter melanda sejauh 600 meter ke pedalaman dan membinasakan sekitar 80% daripada 700 di pelabuhan pemburu ikan paus di Ayukawa dan daerah Kadonowaki.[3][4] Kira-kira 46% bandar ini ditelenggami oleh tsunami.[5] Setakat Jun 2011, sejumlah 3,097 kematian telah disahkan di Ishinomaki akibat tsunami, dan 2,770 orang lagi hilang.[6] Kira-kira 29,000 penduduk bandar kehilangan tempat tinggal.[7]
Sebuah sekolah rendah di situ, iaitu Sekolah Rendah Okawa binasa sama sekali, 75 daripada 108 pelajar dan 10 daripada 13 guru dan kakitangannya terkorban akibat bencana. Para guru dan pelajar sedang mengosongkan bangunan sekolah lalu dihanyutkan oleh tsunami ketika menaiki jambatan sungai berdekaan. Salah seorang guru yang terselamat itu membunuh diri tidak lama kemudian.[8][9][10][11]
Lihat juga
suntingPautan luar
suntingKategori berkenaan Ishinomaki, Miyagi di Wikimedia Commons
- Tapak web rasmi
- Tapak web rasmi (Inggeris)
Rujukan
sunting- ^ Photos of Japan Before and After the Quake and Tsunami New York Times, 13 Mac 2011
- ^ Kyodo News, "Death toll may surpass 10,000 in Miyagi", Japan Times, 14 Mac 2011, ms. 1.
- ^ Kyodo News, "Miyagi coastal whaling port pulverized, little more than memory", Japan Times, 18 Mac 2011, p. 3.
- ^ Gihooly, Rob, "'Nothing can prepare you to witness this',Japan Times, 20 Mac 2011, p. 7.
- ^ NHK, "Tsunami flooded 100 square kilometers of city land", 29 Mac 2011.
- ^ Kyodo News, "can't tally March 11 missing", Japan Times, 17 Jun 2011, p. 2.
- ^ Robson, Seth, "residents rebuild their lives as they rebuild their town", Stars and Stripes, 30 Ogos 2011.
- ^ Gilhooly, Rob, "Parents unable to let go continue search for missing kids", Japan Times, 13 Oktober 2011, ms. 3.
- ^ Associated Press, "school reopens", Japan Times, 19 April 2011, ms. 3.
- ^ Kyodo News, "Loss-hit Ishinomaki school opens", Japan Times, 22 April 2011, ms. 2.
- ^ Kyodo News, "School that lost 70% of its pupils mourns",Japan Times, 29 April 2011, ms. 1.