Kubah Besi
Kubah Besi (Ibrani: כִּפַּת בַּרְזֶל , kippat barzel) ialah sejenis [sistem pertahanan udara] mudah alih pelbagai cuaca[8] yang dibangunkan oleh Rafael Advanced Defense Systems dan Israel Aerospace Industries.[7] Sistem pertahanan ini direka agar dapat memintas serta memusnahkan roket julat dekat dan selongsong meriam yang ditembak dari jarak 4 kilometer (km) sehingga 70 km dan bedilan yang mampu mencapai kawasan Israel yang berpenghuni.[9] Israel merancang mahu meningkatkan lagi julat pintasan Kubah Besi daripada 70 km sehingga 250 km serta mempelbagaikan lagi keupayaannya agar mampu memintas roket dari dua arah yang berlainan secara serentak.[10]
Kubah Besi | |
---|---|
Jenis | C-RAM dan sistem pertahanan udara jarak pendek[1] |
Tempat asal | Israel |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 2011–kini |
Digunakan oleh | Angkatan Pertahanan Israel |
Perang | |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | |
Direka | 2005 |
Pengeluar | |
Kos unit | $50 juta per bateri[2] $100,000–150,000 per pemintas[3] |
Dihasilkan | 2011–kini |
Jumlah dibina | 10 bateri dilancarkan[4] (dirancang 15 bateri dilancarkan)[5][6] |
Spesifikasi | |
Berat | 90 kg (200 lb)[7] |
Panjang | 3 m (9.8 ka)[7] |
Diameter | 160 mm (6.3 in)[7] |
Detonation mechanism | Fius kehampiran[8] |
Kelajuan | Mach 2.2 |
Platform pelancaran | Tiga/Empat pelancar, setiap satu dengan 20 pemintas. |
Keberkesanan
suntingSejak penggunaan Kubah Besi pada April 2011, sistem ini berjaya memintas roket Katyusha milik tentera Palestin.[11] Pada Ogos tahun itu, Kubah Besi memintas 20 peluru berpandu dan roket yang dilancarkan ke Israel. Walaupun begitu, ada satu kes ketika sistem ini memintas empat buah roket yang dilancarkan ke Beersheba tetapi gagal memintas roket kelima, menyebabkan seorang terbunuh sementera beberapa orang lagi tercedera.[12]
Dalam operasi Pillar of Defense pada 2012, keberkesanan Kubah Besi dinilai sebanyak 75 ke 95 peratus oleh pihak Israel.[13] Menurut pegawai rasmi, dalam kira-kira seribu misil dan roket yang dilancarkan Hamas sejak permulaan operasi hingga 17 November 2021, Kubah Besi mengenal pasti dua pertiga misil/roket yang dilancarkan sebagai bukan ancaman, dan memintas kira-kira 90% daripada sekitar 300 yang lain.[14] Dalam operasi ini, jumlah korban Israel hanya tiga orang yang terbunuh ketika Kubah Besi mengalami kerosakan.[15]
Apabila dibandingkan dengan sistem pertahanan antiudara lain, darjat keberkesanan Kubah Besi adalah amat tinggi.[13] Penasihat pertahanan Steven Zaloga berkata bahawa kadar pemintasan sebanyak 90% menunjukkan tahap "yang amat tinggi", melebihi kadar lazim yang dijangka.[16] Slate melaporkan bahawa tahap keberkesanan adalah "tak terjangka" apabila dibandingkan dengan sistem pertahanan terdahulu seperti sistem pertahanan Patriot.[17] Wartawan pertahanan Mark Thompson menulis bahawa "kekurangan korban Israel mencadangkan bahawa Kubah Besi adalah perisai misil paling berkesan serta teruji yang pernah disaksikan dunia."[18]
Rujukan
sunting- ^ "Iron Dome: Defense System Against Short Range Artillery Rockets" (PDF). Rafael Advanced Defense Systems. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 10 Julai 2012. Dicapai pada 6 August 2009.
- ^ Vick, Karl (19 March 2013). "The secret of the wonder weapon that Israel will show off to Obama". Time..
- ^ Episkopos, Mark (8 September 2020). "The "Iron Beam": Israel's Anti-Missile Laser". The National Interest.
- ^ Lappin, Yaakov (15 Julai 2014). "Tenth Iron Dome battery deployed to protect Israel from rockets". The Jerusalem Post.
- ^ "Air Defense: U.S. Pays For More Iron Dome", Strategy page, dicapai pada 11 Julai 2014.
- ^ Lazareva, Inna (10 July 2014). "The Iron Dome: what is it and how does it work?". The Telegraph. Dicapai pada 10 July 2014.
- ^ a b c d Ben-David, Alon (18 Mac 2008). "Iron Dome advances to meet Qassam threat" (dalam bahasa Inggeris). Jane's. Dicapai pada 18 Ogos 2011.
- ^ a b "Iron Dome Air Defense Missile System, Israel" (dalam bahasa Inggeris). Army technology. Dicapai pada 18 Ogos 2011.
- ^ Sharp, Jeremy M. (16 September 2010). "U.S. Foreign Aid to Israel" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Congressional Research Service. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 31 Julai 2015. Dicapai pada 18 Ogos 2011.
- ^ Williams, Dan (16 November 2012). "Israel's Barak seeks three more Iron Dome rocket interceptors". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-10. Dicapai pada 9 April 2013.
- ^ Dan Williams (15 April 2011). "Rocket shield reprieves Israeli frontiers, for now". Reuters. Dicapai pada 21 November 2012.
- ^ Ori Lewis (22 August 2011). "Israel lauds success of Iron Dome missile interceptor". Reuters. Dicapai pada 21 November 2012.
- ^ a b Clay Dillow (19 November 2012). "How Israel's 'Iron Dome' Knocks Almost Every Incoming Missile Out Of The Sky". Popular Science. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ Mark Thompson (19 November 2012). "Iron Dome: A Missile Shield That Works". Time. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ Harriet Sherwood (19 November 2012). "Israelis put faith in Iron Dome missile defence system". Guardian.co.uk. Dicapai pada 21 November 2012.
- ^ Robert Johnson (19 November 2012). "How Israel Developed Such A Shockingly Effective Rocket Defense System". Business Insider. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ Sarah Tory (19 November 2012). "A Missile-Defense System That Actually Works?". Slate. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ Thompson, Mark (19 November 2012). "Iron Dome: A Missile Shield that Works". Time Magazine website. Dicapai pada 9 April 2013.