Inventori Jambatan Kebangsaan

Inventori Jambatan Kebangsaan (NBI) ialah satu pangkalan data, yang dikompil oleh Pentadbiran Lebuhraya Persekutuan dengan maklumat mengenai kesemua jambatan dan terowong di Amerika Syarikat, mempunyai jalan raya yang melalui di atas atau bawahnya. Itu serupa dengan pangkalan data nombor pengenal pasti lintasan gred, yang disusun oleh Pentadbiran Kereta Api Persekutuan yang mengenal pasti semua lintasan kereta api. Maklumat jambatan itu termasuklah reka bentuk jambatan dan dimensi bahagian yang boleh digunakan. Data-data itu sering digunakan untuk menganalisis jambatan dan menilai keadaannya. Tujuan inventori ini dibangunkan bagi mempunyai pangkalan data bersatu untuk jambatan, yang memastikan keselamatan orang ramai yang sedang dalam perjalanan seperti yang dikehendaki oleh Akta Lebuhraya Bantuan Persekutuan 1968.[1] Mana-mana jambatan lebih daripada 20 kaki (6.1 m) panjang yang digunakan untuk lalu lintas kenderaan disertakan di dalam pangkalan data ini.[2]

Inventori Jambatan Kebangsaan
Maklumat umum
URLhttp://www.fhwa.dot.gov/bridge/nbi.cfm Sunting nilai ini di Wikidata
JenisPangkalan data Sunting nilai ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatAmerika Syarikat Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penerangan

sunting

Maklumat pengenalan menangani lokasi jambatan secara unik, mengelaskan jenis laluan yang dibawa pada dan/atau di bawah struktur, dan menempatkan jambatan dalam lokasi ruang. Setiap jambatan diberi suatu nombor oleh jabatan lebuh raya bagi negeri atau agensi yang menyelenggara jambatan berkenaan. Kaedah pemberian nombor berbeza dari satu negeri ke negeri yang seterusnya, tetapi menyediakan nombor unik untuk setiap jambatan di negeri itu.[3]

Inventori jambatan dibangunkan untuk mempunyai pangkalan data bersatu untuk jambatan, yang terdiri daripada maklumat termasuklah pengenalan, jenis dan spesifikasi jambatan, keadaan pengendalian serta data jambatan termasuklah data geometri, penerangan berfungsi, data pemeriksaan dan sebagainya. Jenis dan spesifikasi jambatan mengelaskan jenis jambatan. Bahagian itu menyediakan kategori piawai yang ditetapkan untuk pengelasan jambatan. Ia juga mengenal pasti bahan komponen jambatan, geladak dan permukaan geladak. Keadaan pengendalian memberikan maklumat tentang usia struktur dan tahun pembinaan, tahun pemulihan, jenis perkhidmatan dan lalu lintas yang dibawa dan/atau di bawah nombor struktur bagi lorong di atas dan/atau di bawah jambatan, purata lalu lintas harian, purata trafik lori harian serta maklumat berkenaan pintasan dan lencongan. Tambahan lagi, inventori jambatan mengandungi maklumat mengenai data pemeriksaan, penarafan yang diberikan oleh pemeriksa dan keputusan penilaian.[3]

Penarafan keadaan

sunting

NBI memasukkan penilaian struktur geladak, superstruktur, substruktur, dan pembetung pada skala 0-9:[2]

Penerangan Kod
TIDAK BERKENAAN N
KEADAAN CEMERLANG 9
KEADAAN SANGAT BAIK – tiada masalah yang dinyatakan. 8
KEADAAN BAIK – beberapa masalah kecil. 7
KEADAAN MEMUASKAN – unsur struktur menunjukkan sedikit kemerosotan. 6
KEADAAN WAJAR – semua unsur struktur utama adalah baik tetapi mungkin mengalami kehilangan bahagian, keretakan, serpihan atau keruk yang kecil. 5
KEADAAN BURUK – kehilangan bahagian, kemerosotan, serpihan atau keruk yang berlanjutan. 4
KEADAAN SERIUS – kehilangan bahagian, kemerosotan, serpihan atau keruk telah menjejaskan komponen struktur utama dengan serius. Kegagalan tempatan adalah mungkin. Keretakan lesu dalam keluli atau retakan ricih dalam konkrit mungkin ada. 3
KEADAAN GENTING – kemerosotan lanjutan unsur-unsur struktur utama. Keretakan lesu dalam keluli atau retakan ricih dalam konkrit mungkin ada atau keruk mungkin telah mengeluarkan sokongan substruktur. Melainkan jambatan itu dipantau dengan teliti, mungkin perlu menutup jambatan itu sehingga tindakan pembetulan diambil. 2
KEADAAN KEGAGALAN "PASTI" – kemerosotan atau kehilangan bahagian yang besar terdapat dalam komponen struktur genting atau pergerakan menegak atau mengufuk yang jelas memberi kesan kepada kestabilan struktur. Jambatan ditutup kepada lalu lintas tetapi tindakan pembetulan mungkin dikembalikan bagi perkhidmatan ringan. 1
KEADAAN GAGAL – di luar perkhidmatan - di luar tindakan pembetulan. 0

Rujukan

sunting
  1. ^ "Q&A on the NBIS 23 CFR 650 Subpart C" (dalam bahasa Inggeris). Pentadbiran Lebuhraya Persekutuan. 27 Jun 2017. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  2. ^ a b Recording and Coding Guide for the Structure Inventory and Appraisal of the Nation's Bridges (PDF) (Laporan) (dalam bahasa Inggeris). Pentadbiran Lebuhraya Persekutuan. Disember 1995. PD-96-001.
  3. ^ a b Recording and Coding Guide for Structure Inventory and Appraisal (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Pengangkutan New Jersey. 2003. Dicapai pada 12 Disember 2016.