Institut d'Études Politiques de Paris
Institusi pengajian tinggi yang terkenal di Perancis
Institut d'Études Politiques de Paris (bahasa Melayu: Institut Kajian Politik Paris), sering dikenali sebagai Sciences Po (sebutan bahasa Perancis: [sjɑ̃s po]) merupakan antara institusi pengajian tinggi yang terkenal di Perancis. Ramai ahli politik terkenal serta golongan elit di Perancis pernah belajar di Sciences Po yang terletak di Paris dalam bidang sains politik, ekonomi, undang-undang, komunikasi, kewangan, perniagaan, dasar bandar, pengurusan dan kewartawanan.
Sciences Po (Institut d'Etudes Politiques de Paris) | |
Moto | Excellence, Innovation, Diversité |
---|---|
Ditubuhkan pada | 1872 |
Pembiayaan | €110M |
Pengarah | Richard Descoings |
Pelajar | 7,500 (33% luar negara) |
Lokasi | Paris , Perancis |
Laman sesawang | www.sciences-po.fr (fr) www.sciences-po.eu (en) (data for 2008)[1] |
Kampusnya terletak di tepi Sungai Seine, berdekatan Boulevard Saint Germain, Boulevard Raspail, Notre Dame de Paris, Panthéon dan bangunan Perhimpunan Kebangsaan di arrondissement ke-7.