Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa
Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (atau ISTAC) ialah sebuah institusi penyelidikan mandiri[1] dan pascasiswazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terletak di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin di Jalan Duta, Kuala Lumpur, Malaysia. Ia didirikan oleh Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas dengan tiga pilihan tumpuan: Pemikiran Islam, Sains Islam dan Peradaban Islam.[2]
Didirikan pada 27 Februari 1987 dan dibuka secara rasmi pada 4 Oktober 1991 oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad,[3] Berikutan krisis politik Malaysia pada akhir 1998 yang memberi kesan kepada pendidikan, ISTAC perlahan-lahan mengalami rombakan secara perlembagaan dan pengelolaan, setelah diambil alih oleh UIAM.[4]
Sejak penamatan kontrak Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas sebagai Pengarah pada 2002,[5] ISTAC telah berkali-kali berganti dekan, berubah-ubah nama serta kurikulumnya. Malah, ia pernah ditutup secara rasmi. Menjelang akhir 2015 ISTAC telah ditutup dan diganti namanya menjadi Institut Penyelidikan Lanjutan Antarabangsa Ibnu Khaldun atau ISLAH.[6]
Setelah dibuka kembali, pada 27 Oktober 2017 ISTAC diganti namanya menjadi Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu[7] Nama ISTAC terus diguna pakai dengan visi dan misi yang berbeza dari asal.[8]
Pertukaran nama
suntingISTAC telah berubah nama menjadi Institut Penyelidikan Lanjutan Antarabangsa Ibnu Khaldun atau ISLAH untuk jangka masa yang sangat singkat (dalam masa kurang dari 6 bulan sejak penubuhannya pada tahun 2015). Pertukaran nama kepada ISLAH merupakan langkah politik beberapa bekas pensyarah bagi menyelamatkan ISTAC ekoran perintah untuk dipindahkan dan penyusunan semula. Namun, penubuhannya tidak kekal lama dan semua kursus yang berpusat di ISLAH telah digabungkan dengan Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam dan Sains Kemanusiaan (IRKHS).
Lihat juga
sunting- Islamisasi ilmu pengetahuan
Rujukan
sunting- ^ "International Institute of Islamic Thought and Civilization | Yearbook Profile | Union of International Associations". uia.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-06-16.
- ^ Abaza, Mona (1999). "Intellectuals, Power and Islam in Malaysia : S.N. al-Attas or the Beacon on the Crest of a Hill". Archipel (dalam bahasa Perancis). 58 (3): 189–217. doi:10.3406/arch.1999.3541. ISSN 0044-8613.
- ^ "Koleksi Arkib Ucapan Ketua Eksekutif". www.pmo.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-17. Dicapai pada 2018-06-17.
- ^ "Tapak Istac jadi kampus UIAM Kuala Lumpur". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-17. Dicapai pada 2018-06-16.
- ^ "Kerajaan digesa hidupkan semula Istac". Malaysia Dateline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-06-17.
- ^ "Ibn Khaldun International Institute of Advanced Research". Wikipedia (dalam bahasa Inggeris). 2018-06-05.
- ^ "ISTAC Hab Rujukan Pengajian Dunia Melayu dan Tamadun Islam". Malaysiaaktif (dalam bahasa Inggeris). 2017-10-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-17. Dicapai pada 2018-06-16.
- ^ Zakariya, Hafiz; Yadi, Suryadi (2017-12-27). "THE EXPERIENCES OF THE INTERNATIONAL INSTITUTE OF ISLAMIC CIVILISATION & MALAY WORLD (ISTAC), INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA IN EMPOWERING THE MALAY WORLD & ISLAMIC CIVILISATION". Heritage of Nusantara: International Journal of Religious Literature and Heritage (dalam bahasa Inggeris). 6 (2): 221–236. doi:10.31291/hn.v6i2.444. ISSN 2442-9031. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-18. Dicapai pada 2021-04-15.