Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua

Pusat Latihan Belia Dusun Tua atau Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua (IKTBNDT) terletak di KM25 Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Tujuannya melatih golongam belia menganggur mendapat kemahiran teknikal dan boleh bekerja dengan sektor swasta atau berniaga sendiri. IKTBNDT ini di bawah pentadbiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Mulanya dikenali sebagai Pusat Latihan Belia Pembina Negara ini ditubuhkan pada 1969 dan dirasmikan oleh Pengarah Majlis Gerakan Negara ketika itu, Tun Abdul Razak.

Semua bangunan asal telah dibina oleh Pasukan Jurutera Malaysia. 40 buah asrama telah dibina untuk menempatkan 1000 pelajar dengan kos RM350,000.

Pusat latihan belia yang serupa telah dibina di Pertak,Kuala Kubu Bharu, Selangor dan Terengganu.[1]

Rujukan

sunting