Institut Akauntan Malaysia

Institut Akauntan Malaysia (Malaysian Institute of Accountants, MIA) ialah badan induk bagi profesion perakaunan profession di Malaysia. Badan ini ditubuhkan berdasarkan Akta Akauntan 1967 untuk mengawal dan membangunkan bidang perakaunan negara. MIA beroperasi di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. MIA bertindak sebagai satu-satunya badan yang diberi kuasa untuk mengawal profesion perakaunan Malaysia, menjadikan seseorang wajib menjadi ahli MIA untuk memperoleh tauliah menjalankan perakaunan di Malaysia. Keahlian MIA ialah pengiktirafan dalam perundangan serta pasaran bagi para akauntan Malaysia.

Institut Akauntan Malaysia
Malaysian Institute of Accountants
Kerangka
KependekanMIA
Cogan kataAccountants: Managers of Value
Jenis/bentuk sahPertubuhan Sunting ini di Wikidata
Status undang-undangKorporat badan di bawah Akta Akauntan 1967
Keanggotaan 35,866 orang (setakat 1 Julai 2019)
Bahasa rasmiInggeris
Tapak webwww.mia.org.my
Facebook: miamainpage Youtube: UC2J6LaESek-L0U_-dZD1arA Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Dibentuk1 Januari 1967; 57 tahun yang lalu (1967-01-01)
Pengurusan
PresidenDr. Veerinderjeet Singh
Naib PresidenProf. Madya Dr. Zuraeda Ibrahim
Ketua Pegawai EksekutifDr. Nurmazilah Dato' Mahzan
Lokasi
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Lokasi
Kawasan perkhidmatanMalaysia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ahli-ahli MIA dapat diberi pengiktirafan sebagai "akauntan berkanun" (Chartered Accountant Malaysia, C.A.(M)). Pengiktirafan ini diberikan kepada golongan profesional perakaunan, perniagaan dan kewangan dengan kelayakan perakaunan yang diperakui serta pengalaman yang berkait.

Sebagai badan induk perakaunan negara, tanggungjawab MIA termasuk memberi didikan dan seliaan kualiti serta pelaksanaan untuk menjamin kredibiliti profesion dan memelihara kepentingan awam.[1] MIA merupakan ahli Persekutuan Akauntan Antarabangsa (IFAC)[2] dan Persekutuan Akauntan ASEAN (AFA).[3]

Rujukan

sunting
  1. ^ "About MIA". Dicapai pada 18 July 2018.
  2. ^ "Members". IFAC. Dicapai pada 15 Januari 2014.
  3. ^ "Membership". AFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2014. Dicapai pada 15 January 2014.

Pautan luar

sunting