Inspektor Tentera Udara

Inspektor Tentera Udara (Jerman: Inspekteur der Luftwaffe) adalah Panglima Tentera Udara Jerman untuk Angkatan Tentera moden Jerman, iaitu Bundeswehr. Beliau bertanggungjawab bagi persiapan kakitangan dan material dalam Tentera Udara Jerman, didalam hal ini beliau melapor terus kepada Menteri Pertahanan Persekutuan. Inspektor semasa ialah Ingo Gerhartz, yang dilantik pada Mei 2018. Jawatan ini setaraf dengan Ketua Turus Tentera Udara Amerika Syarikat, Ketua Turus Udara British dan Panglima Tentera Udara Malaysia.

Inspektor
Tentera Udara Jerman
Inspekteur der Luftwaffe
Panji-panji Inspektor Tentera Udara
Penyandang
Generalleutnant Ingo Gerhartz
sejak 29 Mei 2018
Menteri Pertahanan Persekutuan
SingkatanInspL
Anggota bagiTentera Udara Jerman Sunting nilai ini di Wikidata
Lapor kepadaInspektor Jeneral Bundeswehr
Bidang kuasaJerman Sunting nilai ini di Wikidata
PeloporOberkommando der Luftwaffe
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Inspektor Tentera Udara merupakan ketua Markas Tentera Udara, berpangkalan di Gatow, Berlin. Beliau berada dibawah Inspektor Jeneral Bundeswehr dan merupakan ahli Majlis Pertahanan bagi hal ehwal Bundeswehr. Kedua-dua Inspektor dan timbalannya memegang pangkat Leftenan Jeneral (Jerman: Generalleutnant) sewaktu berkhidmat, namun Inspektor yang pertama, Josef Kammhuber, adalah dikecualikan, memegang pangkat jeneral penuh.

Senarai Inspektor Tentera Udara

sunting

Rujukan

sunting
  • "Die Inspekteure der Luftwaffe". Die Geschichte der Luftwaffe. Luftwaffe. 26 November 2013. Dicapai pada 9 August 2014.

Pautan luar

sunting

Templat:Inspektor Luftwaffe