Indra Sjafri (lahir 2 Februari 1963) ialah bekas pemain bola sepak asal Indonesia dan kini ketua jurulatih Indonesia B-20 dan pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Indonesia.[1] Sebelum masuk ke atas kejurulatihan, beliau adalah manager ranting di Pos Indonesia. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Andalas.

Indra Sjafri
Maklumat peribadi
Nama penuh Indra Sjafri
Tarikh lahir (1963-02-02) 2 Februari 1963 (umur 61)
Tempat lahir Pesisir Selatan, Indonesia
Ketinggian 169 cm (5 ka 7 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Indonesia B-20 (kepala jurulatih)
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1986–1991 PSP Padang
Pasukan diurus
2011 Indonesia B-16
2011–2014 Indonesia B-19
2014–2017 Bali United
2017–2018 Indonesia B-19
2019–2020 Indonesia B-23
2020–2023 Indonesia (pengarah teknikal)
2023 Indonesia B-23
2023– Indonesia B-20
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Kerjaya

sunting

Pemain bola sepak

sunting

Indra Sjafri lahir di Lubuk Nyiur, Batang Kapas, Pesisir Selatan, Sumatera Barat, pada 2 Februari 1963 dari keluarga Minangkabau. Sebelum memutuskan untuk masuk ke kerjaya sepak bola. Indra Sjafri pernah bekerja sebagai kakitangan di PT Pos Indonesia di pejabat Padang. Indra ialah bekas pemain bola sepak yang pernah menyertai PSP Padang pada tahun 1980-an sederum pernah melatih kelab bola sepak dari bandaraya provinsi Sumatera Barat.

Belia mulai menjadi pemain profesional semasa duduk di kerusi darjah 2 SMA Negeri 2 Padang, ketika itu PSP Padang menilai talentanya dan merayunya untuk menjadi ahli skuad junior PSP.[2] Indra Sjafri juga pernah membawa pasukan kebangsaan Imdonesia junior untuk menjulang piala juara pada kejohanan bola sepak kelas Asia. Pada kejohanan HKFA B-17 dan HKFA B-19 di Hongkong.

Jurulatih bola sepak

sunting

Kejohanan Remaja AFF B-19 2013

sunting

Pada 22 September 2013, Indra Sjafri berjaya membawa Indonesia memenangi Kejohanan Remaja B-19 AFF 2013 selepas di pentas akhir menewaskan Vietnam dalam perlawanan dramatik duel penalti, Indonesia menang dengan mata 7-6 selepas bermain seri 0-0 sampai lebih masa. Anugerah juara ini ialah pencapaian pertama Indonesia sejak 22 tahun lamanya, Indonesia belum pernah kembali juara di peringkat junior atau senior pada kelas Asia Tenggara ataupun lebih tinggi.[3] Kemenangan pasukan kebangsaan B-19 itu membuat nama Indra Sjafri mulai dikenal secara luas di Asia Tenggara.

Kelayakan Kejohanan AFC B-19 2014

sunting

Indra membawa mara skuadnya ke Kejohanan AFC B-19 2014. Pada perlawanan akhir Kumpulan G, dia berjaya menewaskan Korea Selatan dengan mata 3–2. Evan Dimas menjaringkan hatrick indah ke garisan yang dijaga oleh penjaga gol Korea Selatan pada tarikh 12 Oktober 2013.[4] Kemenangan besar itu menjadi tanda titik balik daripada kerjaya Indra Sjafri sebagai salah satu jurulatih Indonesia terbaik.

Selepas kelayakan AFC B-19 2014

sunting

Selepas AFC B-19 2014, Indra rasmi ditukar oleh jurulatih lain pada 2 November 2014 meski performa dan latihan yang ia berikan berhasil membawa kemenangan untuk Indonesia. PSSI mendapat banyak hujatan, kerana Indra sudah sangat popular bagi penyokong bola sepak Indonesia.

Pada tahun 2023, Indra Sjafri berjaya membawa pasukan kebangsaan mendapat pingat emas di temasya SEA Games Kemboja selepas menantikan pencapaian di kategori itu 32 tahun lamanya. Indra kembali memenangi piala untuk Indonesia selepas menewaskan Thailand dalam perlawanan Piala B-19.

Rujukan

sunting
  1. ^ "INDRA BEBAS TUGAS, AJI TETAP DIPERTAHANKAN" (dalam bahasa Indonesian). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2014. Dicapai pada 4 November 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ F.X. Rudy Gunawan (2014). "Indra Sjafri: Menolak Menyerah: Official Biography". Penerbit Bentang. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  3. ^ "Setelah 22 Tahun, Indonesia Akhirnya Bisa Juara Lagi". Tribunnews. 23 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-25. Dicapai pada 25 Desember 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  4. ^ Mercy Raya (12 Oktober 2013). bola/read/2013/10/12/221008/2385445/76/garuda-muda-luar-biasa-indonesia-lolos-ke-putaran-final-piala-asia-u-19 ""Garuda Muda" Luar Biasa, Indonesia Lolos ke Putaran Final Piala Asia U-19" Check |url= value (bantuan). Sport.detik.com. Dicapai pada 25 Desember 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)[pautan mati kekal]

Pautan luar

sunting