Musuh lebah Melayu

spesies burung
(Dilencongkan daripada Indicator archipelagicus)

Musuh lebah Melayu (Indicator archipelagicus),[2] atau hanya dipanggil musuh lebah atau gembala lebah,[3] ialah burung dalam keluarga Indicatoridae, yang merupakan burung paleotropika mirip pengicau yang berkait dengan belatuk. Spesies ini berasal dari Asia Tenggara.

Musuh lebah Melayu
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Piciformes
Keluarga: Indicatoridae
Genus: Indicator
Spesies:
I. archipelagicus
Nama binomial
Indicator archipelagicus
Temminck, 1832

Huraian

sunting

Musuh lebah ialah burung bersaiz serdahana sehingga sepanjang 18 cm, perang-hijau dengan celoreng kehijauan, iris kemerahan, paruh kelabu tebal dan kelabu putih di bawah. Burung jantan memiliki tompok kuning pada bahu, yang tiada pada burung betina. Anak burung menyerupai burung betina dengan celoreng pada bahagian bawah

Panggilan burung musuh lebah Melayu adalah seperti kucing "mengiau", diikuti bunyi mengeletek. Makanannya banyak terdiri daripada serangga, terutama lebah liar dan penyengat. Ia bersarang dalam lubang pokok.

Taburan

sunting

Musuh lebah Melayu terdapat di sepanjang hutan daun lebar tanah pamah di barat Thailand, Semenanjung Malaysia, Borneo dan pulau Sumatera.

Pengekalan

sunting

Akibat kehilangan habitat yang berterusan, populasi tempatan dan jarang, musuh lebah Melayu dinilai sebagai hampir terancam dalam Senarai Merah Spesies Terancam IUCN.

Burung ini merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.

Rujukan

sunting
  1. ^ BirdLife International (2022). "Indicator archipelagicus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2022: e.T22680620A220010505. doi:10.2305/IUCN.UK.2022-2.RLTS.T22680620A220010505.en. Dicapai pada 12 November 2021.
  2. ^ "MUSUH-LEBAH MELAYU". Liewwk Nature. 21 Februari 2024.
  3. ^ Indicator archipelagicus. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/21706. [Didapatkan kembali 17 September 2024].

Pautan luar

sunting