Incheon SSG Landers Field
Incheon SSG Landers Field merupakan stadium besbol yang terletak di Incheon, Korea Selatan. Nama lama stadium ini ialah Stadium Besbol Munhak. Stadium ini merupakan gelanggang bagi pasukan KBO League, SSG Landers.[1] Stadium ini telah dimodelkan semula dengan jenama affiliasi Shinsegae termasuklah Starbucks, No Brand Burger dan kedai serbaneka e-mart 24.[2] SSG Landers Field telah menukar warna tema utamanya kepada merah dan kuning, bagi mewakili warna bersejarah pasukan yang digunakan semenjak SK Wyverns. Warna merah dan kuning masing-masing juga mewakili Shinsegae dan e-mart.[3]
Nama silam | Stadium Besbol Munhak (2002–2015) Incheon SK Happy Dream Park (2015–2021) |
---|---|
Lokasi | Incheon, Korea Selatan |
Koordinat | 37°26′12.4″N 126°41′35.9″E / 37.436778°N 126.693306°EKoordinat: 37°26′12.4″N 126°41′35.9″E / 37.436778°N 126.693306°E |
Pemilik | Incheon Metropolitan City |
Pentadbir | SSG Landers |
Kapasiti | 23,000 |
Saiz Padang | Kiri Padang – 95 meter (312 ka) Kiri-Pusat – 115 meter (377 ka) Pusat Padang – 120 meter (394 ka) Kanan-Pusat – 115 meter (377 ka) Kanan Padang – 95 meter (312 ka) Tinggi Tembok Outfield – 2.8 meter (9 ka) |
Permukaan | Rumput |
Pembinaan | |
Pecah tanah | 20 Julai 1994 |
Dibuka | 25 Februari 2002 |
Kos pembinaan | ₩ 60.1 bilion |
Tuan rumah | |
SK Wyverns (2002–2020) SSG Landers (2021–kini) |
Stadium ini menjadi tempat penggambaran rancangan televisyen SBS TV, Hot Stove League yang dibintangi oleh Namkoong Min.
Catatan
sunting- ^ "문학구장 새 이름은 '인천SSG랜더스필드'". chosun.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 15, 2021.
- ^ "[카드 뉴스] 신세계그룹, '랜더스 효과' 볼까?". 인천일보 (dalam bahasa Korea). April 25, 2021. Dicapai pada May 15, 2021.
- ^ "노랑과 빨강의 조화…새 단장 마친 인천SSG랜더스필드". hankyung.com (dalam bahasa Korea). April 3, 2021. Dicapai pada May 15, 2021.