Yehoyaqim
Yehoyaqim (Imran)(/ˈdʒoʊ.əkɪm/; "dia yang telah Allah tetapkan", Hebrew: יְהוֹיָקִים Yəhôyāqîm, Imran" (bahasa Arab: عمران), Greek Ἰωακείμ Iōākeím) adalah suami Hana dan bapa kepada Maryam bonda Nabi Isa a.s., hal ini seperti mana yang menjadi kepercayaan Gereja Katolik, Ortodok Timur dan Anglikan. Cerita mengenai Yehoyaqim dan Hana diketemukan dalam teks apokrifal Injil James. Walau begitu, nama Yehoyakim dan Hana tidak disebut dalam Injil.[1]
Yehoyaqim (Imran) | |
---|---|
Bapa Maryam | |
Lahir | 100 tahun sebelum Masihi, tidak diketahui harinya Jerusalem |
Meninggal | tidak diketahui Jerusalem |
Dihormati oleh | Gereja Katolik Gereja Ortodok Anglikan Gereja Aglipayan Islam |
Dikanunkan | Sebelum jamaah |
Hari perayaan | 26 Julai 26 (komuniti Anglikan), (Gereja Katolik); 9 September (Gereja Ortodok Timur), (Gereja Katolik); 20 Mac (Kalender Rom Am, 1584-1738); Ahad selepas Octave of the Assumption (Kalender Rom Am, 1738-1913); 16 Ogos (Kalender Rom Am, 1913-1969) |
Atribut | Pengembala kambing dan kambing biri-biri, burung merpati, suami Hana, bapa Maryam. Surah Ali-Imran dalam Al-Quran didedikasikan buatnya dan kisah kisah keluarganya. |
Naungan | Adjuntas, Puerto Rico, Fasnia (Tenerife) |
sunting |
Pandangan Islam
suntingMaryam merupakan seorang perawan wanita suci yang berada dalam "Keluarga Imran" (bahasa Arab: آل عمران) Surah yang ketiga dalam Al-Quran. Imran adalah individu penting menurut Islam yang disebut Amram. Islam juga menekankan "Imran" adalah bapa kepada Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. dan juga merupakan moyang keturunan Maryam dan Nabi Isa a.s.
Terdapat dua individu berbeza menurut pandangan Islam tentang Imran:
- "Imran, moyang keturunan kepada Maryam, juga disebut Amran
- "Imran, bapa kepada Maryam, iaitu Yehoyaqim
Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad (juga bapa kepada Ali), juga digelar sebagai Imran.
Dengan merujuk kepada Al-Quran 19:28, mufassirin ilmuan Islam terkenal Ibnu Kathir berependapat dalam karyanya Tafsir ibn Kathir menyebut; "(Wahai saudara Harun!) Ini bermaksud, "Seorang yang mencontohi Harun (Aaron) dalam ibadahnya.... (Wahai saudara Harun!) merujuk kepada saudaranya Musa, kerana merupakan susur keturunan dari Musa yang dari kalangan Bani Israel. Ini sama juga pernyatan, Wahai saudara Tamim, kepada seseorang dari kalangan puak kabilah Tamimi, dan wahai saudara Mudar, seseorang dari puak Mudar. Ia juga disebut sebagai seorang yang sangat benar sebaik Nabi Harun khususnya dalam beribadah."[2]
Yehoyaqim/Imran, dianggap oleh Muslim sebagai bapa kepada Maryam, ibu Nabi Isa, juga merupakan salah seorang dari Rasulullah bersama dengan Nabi Zakaria a.s. sebagai penggantinya. Menurut tradisi, isteri Yehoyaqim atau Imran adalah Hana.
Rujukan
sunting- ^ Ronald Brownrigg, Canon Brownrigg Who's Who in the New Testament 2001 ISBN 0-415-26036-1 page T-62
- ^ "Quran Tafsir Ibn Kathir - Maryam with Al-Masih before the People, Their Rejection of Her and His Reply to Them". Qtafsir.com. Dicapai pada 2013-11-03.