Imentet
Lukisan Imentet berdasarkan gambar-gambar di dalam makam
Nama lainAmentet, Imentit, Amentit
SimbolLambang Barat
PasanganAqen

Imentet atau Ament yang namanya bermaksud "dia yang dari barat" merupakan dewi Mesir yang menaungi nekropolis di barat Sungai Nil. Dia merupakan isteri kepada Aqen, seorang dewa yang membimbing Ra di alam akhirat. Walaupun Imentet tidak pernah dipuja secara rasmi, dia disebut dalam pelbagai gita puja dan petikan Kitab Orang Mati.

Peranan

sunting

Sebagai dewi orang mati, dia tinggal di sebatang pokok memandang ke pintu masuk ke alam ghaib Duat.[1] Tugas utamanya, selain dewi kesuburan yang kurang utama, ialah memberi makan dan minum kepada orang yang baru mati, memulihkan semangat mereka untuk pergi ke "padang mensiang" iaitu syurga dalam agama Mesir kuno. Walau bagaimanapun, dia amat berkait rapat dengan Hathor dan Isis dalam peranannya sehingga dia mungkin sebenarnya jelmaan alternatif kedua-dua dewi itu dan bukannya dewi yang tersendiri.[2]

 
Dewi Imentet menyambut Firaun Horemheb di makamnya (KV57).

Dia biasanya digambarkan dalam pakaian sarung merah ketat memakai hieroglif untuk "barat" di kepalanya, dan tongkat serta ankh di dalam dua tangannya. Dia sering muncul di makam menyambut si mati ke alam akhirat, kadang-kadang dengan sayap, dan kadang-kadang sebagai layang-layang kerana kaitannya dengan Isis dan Nephthys.[1]

Gelarannya "Dia yang dari Barat" bukan sekadar mengatakan dia berasal dari sana tetapi ia juga berkaitan dengan peranannya dalam kepercayaan Mesir kuno kerana, ketika matahari terbenam di arah barat, ia akan diikuti kematian, di mana Imentet biasanya memerintah. Selain itu, amenti (atau amentet) dianggap sebagai tempat matahari terbenam dan di mana pintu masuk Alam Ghaib berada, dan perkataan itu kemudiannya mula berkonotasi dengan tanah perkuburan dan makam juga.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Hill, Jenny (2010). "Amentet". Ancient Egypt Online. Dicapai pada 2016-10-25.
  2. ^ Wilkinson, Richard H. (2003). The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt. Thames & Hudson. pp. 145–146

Bacaan lanjut

sunting