Bendera Sabah

(Dilencongkan daripada Identiti Wilayah Sabah)

Bendera negeri Sabah versi terkini telah digunakan sejak 16 September 1988. Ia bersegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah menjadi latar belakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu berwarna biru tua meliputi suku bahagian bendera ini.

Bendera Sabah
KegunaanBendera wilayah
Nisbah1:2
Diterima pakai1988
RekaanLatar warna dibahagikan menjadi 3, "Biru Zirkon" dibahagian kanan atas, separuh "Putih" dibahagian kanan tengah dan "Merah Cili" dibahagian bawah, lalu dengan gambar Gunung Kinabalu berwarna "biru Nilakandi" yang berada di Kanton Bendera dengan Warna Latar "Biru Salji" di Kanton bendera dibahagian kiri atas, hingga Tengah kiri.
Direka olehIdris Echin (asal)
Yaman Ahmad Mus (kini)

Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.

Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.

Perlambangan

sunting

Bendera negeri Sabah pertama, 1963–1982

sunting

Pada 31 Ogos 1963, Sabah menerima pakai bendera empat jalur (warna merah atas putih atas kuning atas biru), dengan kanton berwarna hijau dan gunung berwarna perang – melambangkan Gunung Kinabalu. Bendera ini direka oleh Encik Idris Echin, seorang pelukis pelan di Jabatan Tanah dan Ukur dari Jesselton (kini Kota Kinabalu), yang memenangi pertandingan mereka bentuk bendera Negeri Sabah pada 16 Mei 1963. Kanton berwarna hijau mewakili tanah muda dan hutan negeri, manakala Gunung Kinabalu yang berwarna perang mewakili perpaduan rakyat. Jalur Merah mewakili keberanian dan kesanggupan untuk berkorban demi negara, Jalur Putih mewakili kesucian, Jalur kuning mewakili kekayaan negeri dan Jalur Biru mewakili keamanan dan kebahagiaan.[1][2]

Bendera negeri Sabah kedua, 1982–1988

sunting

Rekaan bendera kedua pernah dicipta pada tahun 1981 oleh Kerajaan Negeri Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA). Ia diterima pakai secara rasmi pada 1 Januari 1982. Ia mempunyai rekaan yang berbeza sepenuhnya daripada yang sebelumnya: jalur biru atas jalur putih dengan segi tiga merah di bahagian kiri bendera. Rekaannya sama seperti bendera Trisakti yang digunakan oleh negeri jiran Sarawak sehingga 31 Ogos 1988, jalur merah atas jalur putih dengan segi tiga biru di bahagian kiri bendera. Merah mewakili keberanian dan cita-cita, biru mewakili keamanan dan kemajuan dan putih mewakili kejujuran dan kebenaran.

Bendera ini tidak harus dikelirukan dengan Bendera Filipina dan Bendera Republik Czech.[3][4]

Galeri

sunting

Lihat Juga

sunting

Rujukan

sunting