Identiti, Bendera dan jata Labuan
Simbol Wilayah Persekutuan Labuan merujuk kepada simbol atau lambang yang digunakan di WP Labuan bagi menunjukkan identitinya sebagai sebuah Wilayah Persekutuan.
Bendera
sunting- Bulan bintang bermakna agama Islam sebagai agama rasmi.
- Bintang pecah empat belas menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia.
- Warna merah melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.
- Warna putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.
- Warna biru melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan.
- Warna kuning melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati falsafah Rukun Negara.
Jata
suntingWarna biru melambangkan ketegasan Perbadanan Labuan untuk mempertingkatkan pembangunan ekonomi, infrastruktur dan sosial. Warna jingga pula melambangkan keceriaan Perbadanan dalam memperkembangkan kesenian, budaya, sukan dan aktiviti rekreasi.
Lagu
suntingNota: Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya berkongsi Lagu yang sama.
| ||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Maju dan Sejahtera [1] | ||
---|---|---|
Bahasa Melayu [2][3] | Tulisan Jawi | Bahasa Inggeris |
Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah, [2][3] |
اينله ولايه بومي يڠ برتواه ممبارا سماڠت ستياڤ ورڬڽ برساتوله سايڠيله كيت جاڬ كهرمونيان سموا |
This is the Territory, the fortunate land The peoples' spirit is burning Let's unite, let's serve Let's keep the harmony together |
Peta
suntingRujukan
sunting- ^ Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r Lyrics Translate. "Lirik Lagu Rasmi Wilayah Persekutuan - Maju dan Sejahtera". lyricstranslate.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r skwmzr10. "Lagu Wilayah Persekutuan - Maju dan Sejahtera". skwmzr10.wordpress.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)