Identiti, Bendera dan jata Kuala Lumpur
Simbol Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merujuk kepada simbol atau lambang yang digunakan di WPKL bagi menunjukkan identitinya sebagai sebuah Wilayah Persekutuan.
Bendera
suntingBendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah, warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Kota Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.
- 14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
- Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi.
- Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan Pentadbiran.
- Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.
- Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif.
- Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.
- Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya.
Jata
sunting- Cogan kata Bandaraya Kuala Lumpur, Maju dan Makmur ada pada jata ini.
- Bulan Sabit dan bintang bersudut tiga belas menyatakan kedudukan agama Islam di Malaysia
- Buku yang dengan kepingan hijau melambangkan Kuala Lumpur sebagai pusat pendidikan.
Lagu
suntingNota: Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya berkongsi Lagu yang sama.
| ||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Maju dan Sejahtera [1] | ||
---|---|---|
Bahasa Melayu [2][3] | Tulisan Jawi | Bahasa Inggeris |
Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah, [2][3] |
اينله ولايه بومي يڠ برتواه ممبارا سماڠت ستياڤ ورڬڽ برساتوله سايڠيله كيت جاڬ كهرمونيان سموا |
This is the Territory, the fortunate land The peoples' spirit is burning Let's unite, let's serve Let's keep the harmony together |
Peta
suntingRujukan
sunting- ^ Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r Lyrics Translate. "Lirik Lagu Rasmi Wilayah Persekutuan - Maju dan Sejahtera". lyricstranslate.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r skwmzr10. "Lagu Wilayah Persekutuan - Maju dan Sejahtera". skwmzr10.wordpress.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)