Ibn Bajjah
Ibnu Bajjah (ابن باجة Ibn Bajjah) atau nama lengkapnya Abu Bakar Muhammad bin Yahya bin al-Shayigh (أبو بكر محمد بن يحيى بن الصايغ) ialah ahli falsafah dan doktor Muslim Andalusia yang dikenali di Barat dengan nama Latinnya, Avempace. Beliau lahir di Saragossa atau di tempat yang kini bernama Sepanyol dan meninggal di Fez, Maghribi pada tahun 1138 M.
Ibn Bajjah | |
---|---|
Kelahiran | 1095 Masihi (pendapat lain pada 1082 Masihi) |
Meninggal dunia | 1138 Masihi |
Warganegara | Arab-Andalus |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Astronomi, Ahli falsafah, Ahli perubatan, Ahli fizik, Puisi, Saintis |
Pemikirannya memiliki pengaruh yang jelas pada Ibnu Rushd dan Albertus Magnus. Kebanyakan buku dan tulisannya tidak lengkap (atau kurang teratur dengan baik) kerana kematiannya yang cepat. Beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam bidang kedoktoran, Matematik, Fizik dan Astronomi. Sumbangan utamanya dalam falsafah Islam ialah gagasannya pada Fenomenologi Jiwa, namun sayang kajian tidak lengkap.
Ekspresi yang dicintainya ialah Gharib (غريب) dan Motivahhed (متوح), ekspresi yang diakui dan terkenal dari Gnostik Islam.
Ibn Bajjah juga merupakan seorang penyair bagi golongan al-Murabitun yang terkenal, pemain gambus yang handal selain seorang penghafaz Al-Quran.
Kehebatan dalam bidang kepimpinan pula mula terserlah ketika Ibn Bajjah dilantik sebagai seorang menteri ketika era pemerintahan Abu Bakr Ibrahim yang berkuasa di Saragossa.
Sumbangan dalam bidang falsafah
suntingSumbangan Ibn Bajjah dalam bidang falsafah boleh disama tarafkan dengan al-Farabi dan Aristotle. Ini kerana dalam bidang ini beliau telah mengemukan suatu gagasan falsafah keTuhanan yang membawa maksud manusia boleh berhubung dengan akal faal melalui perantaraan ilmu pengetahuan dan pembangunan potensi manusia.
Ibn Bajjah berpandangan, manusia boleh mendekati Tuhan melalui amalan berfikir dan tidak semestinya berfikiran konservatif dengan mengatakan mendekati Tuhan hanya dengan amalan tasawuf semata-mata seperti yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali. Dengan ilmu dan amalan berfikir, segala keutamaan dan perbuatan moral dapat diarahkan untuk memimpin dan mengusai jiwa.
Ibn Bajjah berpendapat lagi, seseorang itu harus mengupayakan perjuangannya untuk berhubung dengan alam sama ada bersama-sama dengan masyarakatnya ataupun secara terpisah. Pandangan falsafah Ibn Bajjah ini jelas dipengaruhi dengan idea-idea dari al-Farabi. Pemikiran lanjut mengenai falsafah Ibn Bajjah dapat terus diikuti dalam teks Risalah al-Wida dan Kitab Tadbir al-Mutawwahid yang secara umumnya merupakan pembelaan dan sokongan kepada cetusan idea dan falsafah yang dikemukan oleh al-Farabi dan Ibnu Sina kecuali pada bab berkaitan perihal menyepi dan menyendiri.
Terdapat satu persamaan yang agak ketara antara al-Farabi dan Ibn Bajjah iaitu dalam aspek meletakkan ilmu mengatasi segala-galanya. Mereka hampir bersempendapat bahawa akal dan wahyu merupakan hakikat yang tidak dapat direnggang, dipisahkan walhal ia saling bersatu padu.
Ibn Bajjah berpendapat, dengan adanya akal dan wahyu, seseorang itu mampu mengenali apa sahaja kewujudan samada tentang benda mahupun Tuhan!!!. Ibn Bajjah turut melopori sebuah buku yang berjudul al-Nafsy, yang membicarakan soal berkaitan jiwa.
Ilmu logik Ibn Bajjah
suntingIbn Bajjah juga telah dikurniakan Allah dengan ilmu logik yang sangat hebat. Ketika beliau membicarakan mengenai ilmu logik akal, beliau berpendapat bahawa sesuatu perkara yang dianggap benar ataupun tidak bergantung kepada sifat keyakinan ataupun sekadar suatu kemungkinan. Justeru beliau menyifatkan, keyakinan ataupun secara tepat sesuatu perkara yang diyakini itu adalah sebenarnya suatu kebenaran dan sesuatu kemungkinan itu boleh menjadi benar ataupun tidak benar. Ini bermakna keyakinan adalah pokok kepada kebenaran, betul pula boleh dikatakan tidak semestinya benar kerana betul itu boleh menjadi salah. Salah dan betul adalah satu kemungkinan.
Ibn Bajjah beranggapan banyak perkara dalam dunia ini tidak dapat dihurai dengan logik, jadi beliau amat gemar untuk terus belajar pelbagai ilmu dengan tujuan supaya ilmu-ilmu itu dapat membantunya dalam memahami serba banyak hal-hal berkaitan dengan metafizik. Sebagai permisalan Ibn Bajjah menggunakan ilmu sains dan fizik bagi menghuraikan persoalan dan permasalahan yang melibatkan benda dan rupa.