Ibn al‐Ha'im al‐Ishbili
Abu Muhammad Abd al-Haqq al‐Ghafiqi al‐Ishbili (bahasa Arab: ابن الهائم), dikenali sebagai Ibn al‐Hāʾim (aktif sekitar 1213) ialah seorang ahli falak dan ahli matematik Muslim dari Seville di Al-Andalus. Beliau memulakan pengajian sebagai ahli matematik dan mempelajari karya-karya al-Jayyani dan Jabir ibn Aflah. Beliau ialah penulis al‐Zīj al‐kāmil fī al‐talim (Buku Panduan Lengkap Astronomy Matematik) yang terdiri daripada tujuh bab.
Beliau memberi data sejarah tentang hayat dan karya-karya al-Zarqali dan penghasilan Jadual Toledo oleh ahli-ahli falak di Toledo yang dinaungi Said Al-Andalusi. Beliau melanjutkan lagi teori-teori al-Zarqali tentang ayunan kecondongan paksi ekliptik, juga membentangkan rumus trigonometri sfera, memberi longitud bagi apogi suria pada nilai 85° 49′ dan mengesahkan lagi karya-karya al-Zarqali.[1] Karya-karya beliau kelihatan luar biasa di dunia Islam barat, sebagai sangat lengkap dan tepat, dan memberi pengaruh besar terhadap perkembangan ilmu falak di Maghreb.[2]
Catatan
suntingRujukan
sunting- Puig, Roser (2007). "Ibn al‐Hāʾim: Abū Muḥammad ʿAbd al‐Ḥaqq al‐Ghāfiqī al‐Ishbīlī". Dalam Thomas Hockey; dll. (penyunting). The Biographical Encyclopedia of Astronomers. New York: Springer. m/s. 555–6. ISBN 978-0-387-31022-0.CS1 maint: ref=harv (link) (PDF version)
- Samsó, Julio (1997). "Ibn al‐Hāʾim". Dalam Helaine Selin (penyunting). Encyclopaedia of the history of science, technology, and medicine in non-western cultures. Kluwer Academic Publishers. m/s. 405.CS1 maint: ref=harv (link)