iPod
iPod ialah satu jenama pemain media mudah alih yang direka dan dipasarkan oleh Apple dan dilancarkan pada bulan Oktober 2001. Barisan iPod kini terdiri daripada iPod classic asli yang berteraskan cakera keras, iPod touch, iPod nano peringkat sederhana, dan iPod shuffle yang tidak berpaparan. Bekas keluarannya termasuk iPod mini (yang digantikan iPod nano) dan iPod photo mewah (yang dipadukan semula ke barisan iPod classic). Model-model iPod classic menyimpan media dalam sebuah cakera keras dalaman, sementara model-model lain menggunakan ingatan kilat kerana saiznya yang lebih kecil, kecuali iPod mini yang berteraskan Microdrive. Seperti mana pemain-pemain muzik digital lain, iPod juga berfungsi sebabgai peranti storan data luaran.
Pengilang | Apple Inc. |
---|---|
Jenis | Pemain media mudah alih |
Ketersediaan runcit | 2001 |
Bil. dijual | Lebih 119 juta unit di seluruh dunia, pada Oktober 2007 |
Perkhidmatan dalam talian | iTunes Store |
Perisian iTunes Apple digunakan untuk memindahkan muzik ke dalam peranti-peranti ini. Sebagai aplikasi peti muzik, iTunes menyimpan sebuah pustaka muzik dalam komputer pengguna dan boleh memainkan, merakam, dan menyalin muzik dari CD, serta juga memindahkan foto, video, permainan, dan kalendar ke model-model iPod yang menyokong media-media berkenaan. Apple menumpukan pemajuannya kepada antaramuka pengguna iPod yang unik dan kesenangan penggunaannya, dan bukannya keupayaan teknikal. Pada September 2007, 110 juta unit iPod telah dijual seluruh dunia (seperti dalam persidangan "The Beat Goes On"), menjadikannya siri pemain audio digital yang paling berjaya dalam sejarah.
iPod dinamakan Vinnie Chieco, seorang penulis iklan bebas upahan Apple mengiaskan fungsi alat ini memainkan fail-fail muzik yang dihantarkan kepada komputer persendirian Macintosh pembekal selepas dismbungkan sepertimana kenderaan EVA Pod dilabuhkan kepada kapal induk angkasa Discovery One dalam filem cereka sains 2001: A Space Odyssey arahan Stanley Kubrick.[1]
Apple menamatkan pengeluaran model peranti terakhir jenama iPod yakni iPod Touch dalam suatu kenyataan syarikat pada 10 Mei 2022 setelah 20 tahun penghasilannya.[2]
Rujukan
sunting- ^ Kahney, Leander (Okt 2006). "Straight Dope on the IPod's Birth". Wired (dalam bahasa Inggeris). ISSN 1059-1028.
While describing the player, Jobs constantly referred to Apple's digital hub strategy: The Mac is a hub, or central connection point, for a host of gadgets. This prompted Chieco to start thinking about hubs: objects that other things connect to. The ultimate hub, Chieco figured, would be a spaceship. You could leave the spaceship in a smaller vessel, a pod, but you'd have to return to the mother ship to refuel and get food. Then Chieco was shown a prototype iPod, with its stark white plastic front. "As soon as I saw the white iPod, I thought 2001," said Chieco. "Open the pod bay door, Hal!" Then it was just a matter of adding the "i" prefix, as in "iMac."
- ^ Aman (Mei 11, 2022). "Selamat Tinggal iPod – Apple Menamatkan iPod Touch". Amanz.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: IPod. |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: iPod |
- Apple iPod — Official website
- Apple's 21st century Walkman — Brent Schlender, Fortune, October 2001
- iPod Nation — Steven Levy, Newsweek, July 2004
- Behind the Music — Ken Aaron, Cornell Engineering, 2005
- The Perfect Thing — Steven Levy, Wired, November 2006
- iPod Compatible Music Official Website