I.B.I (kumpulan muzik)
I.B.I (Hangul: 아이비아이 ; juga digayakan sebagai IBI) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang dibentuk oleh LOEN Entertainment pada tahun 2016. Kumpulan ini terdiri daripada lima orang ahli yang sebelum ini menyertai rancangan survival Mnet 2016 Produce 101 iaitu: Lee Hae-in, Kim So-hee, Yoon Chae-kyung, Lee Su-hyun dan Han Hye-ri. Kumpulan ini rasmi debut pada 18 Ogos 2016 dengan single "Molae Molae (몰래몰래)".
I.B.I | |
---|---|
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | K-pop |
Tahun aktif | 2016 |
Syarikat rakaman | LOEN Entertainment |
Pengkarya berkait | |
Bekas ahli |
|
Nama I.B.I berasal daripada frasa Korea il-ban-in (일반인), yang bermaksud "orang biasa", tetapi juga bermaksud "I Believe It (Saya Percaya)". Kumpulan ini mempromosikan di bawah LOEN Entertainment, manakala ahli I.B.I kekal di bawah agensi masing-masing.
Sejarah
suntingPra-debut: Produce 101
suntingMusim pertama rancangan "survival" Produce 101 disiarkan di Mnet dari bulan Januari–April 2016, dengan 101 pelatih wanita dari agensi berbeza bertanding.[1] Sementara sebelas pelatih terakhir membentuk kumpulan wanita I.O.I, peserta Lee Hae-in (sebelumnya SS Entertainment), Kim So-hee (Music Works), Yoon Chae-kyung (DSP Media), Lee Su-hyun (HYWY Entertainment , dahulunya SS Entertainment) dan Han Hye-ri (Star Empire Entertainment) masing-masing menduduki tempat ke-17, ke-15, ke-16, ke-13 dan ke-12 dalam episod akhir. LOEN Entertainment kemudiannya membentuk kumpulan peserta naib juara, I.B.I.[2][3]
Ahli I.B.I (kecuali Yoon Chae-kyung) muncul pada episod kedua rancangan realiti TV I.O.I LAN Cable Friend pada Jun 2016.[4]
LOEN Entertainment mula mempromosikan I.B.I dengan siri video YouTube ahli I.B.I (secara individu dan sebagai kumpulan) menyanyikan lagu kegemaran mereka secara langsung. Siri webtoon bertajuk 'I.B.I's Debut Story' yang dilukis oleh artis webtoon popular Omyo juga dikeluarkan pada masa yang sama, dalam lima bahagian yang menggambarkan cerita debut setiap ahli.[5]
2016: Debut dengan Molae Molae
suntingI.B.I mengeluarkan album single digital mereka Molae Molae (몰래몰래) pada 18 Ogos 2016. Pada hari yang sama, kumpulan ini mengadakan showcase debut mereka[6] dan pentas debut mereka di M Countdown.
Pada 19 Ogos 2016, I.B.I membuat persembahan di Music Bank.[7] Mereka juga mengadakan konsert gerila 'Run to You' pada hari yang sama di Dongdaemun Design Plaza, mempersembahkan lagu utama mereka "Molae Molae", serta single daripada Produce 101 seperti "When the Cherry Blossom Fade" dan "Pick Me".[8]
I.B.I terbang ke Thailand pada 22 September 2016 untuk penggambaran rancangan realiti enam episod mereka, Hello I.B.I., yang disiarkan pada 8 Oktober–12 November 2016.[9][10]
Bekas ahli
sunting- Lee Hae-in
- Kim So-hee
- Yoon Chae-kyung
- Lee Su-hyun
- Han Hye-ri
Diskografi
suntingSingle
suntingTajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan (Muat Turun Digital) |
Album |
---|---|---|---|---|
KOR [11] | ||||
"Molae Molae (몰래몰래)" |
|
51 |
|
Molae Molae (몰래몰래) |
Filemografi
suntingVideo muzik
suntingTahun | Tajuk | Panjang | Nota |
---|---|---|---|
2016 | "Molae Molae (몰래몰래)" | 4:05 | Producer: K.I.D, Composer: ZigZag Note |
Rujukan
sunting- ^ Seon, Mi-kyung. "'프로듀스101' 전소미, 1위 지켰다…이변없는 I.O.I 멤버 11인 확정[종합]". Nate (dalam bahasa Korea). OSEN. Dicapai pada August 20, 2016.
- ^ "'프로듀스 101' 간발의 5人, I.B.I(일반인) 프로젝트 그룹 결성". Naver (dalam bahasa Korea). Sports Seoul. July 21, 2016. Dicapai pada August 20, 2016.
- ^ Gadong, Katreena (July 31, 2016). "Park Soyeon will not join I.B.I girl group?". Yibada. Dicapai pada August 20, 2016.
- ^ Lim, Jeong-yeo (June 23, 2016). "[V Report Plus] I.O.I meets with I.B.I". The Korea Herald. Dicapai pada August 20, 2016.
- ^ "아이비아이, 오묘 작가 웹툰 주인공 된다? "완전 귀엽잖아" - 인스티즈(instiz) 인티포털". www.instiz.net. 2018-10-20. Dicapai pada 2016-08-28.
- ^ "'데뷔' I.B.I 김소희, "'프듀' 생각나서 눈물 날 뻔" 벅찬 소감". Dicapai pada 2016-11-22.
- ^ "퀵빛짹푼핸 - I.B.I 아이비아이 뮤직뱅크 - 몰래몰래". Dicapai pada 2016-08-28.
- ^ "[LIVE포토] 아이비아이(IBI) 이해인, 매혹적인 눈빛 (버스킹공연) - 라이브엔". Dicapai pada 2016-08-28.
- ^ "[단독] I.B.I 첫 단체 예능..10월 '여행 리얼리티' 출격". Dicapai pada 2016-09-07.
- ^ "JTBC측 "I.B.I 여행리얼리티 '헬로 아이비아이' 출연..10월 방송"". Dicapai pada 2016-09-07.
- ^ "Gaon Chart". Gaon Chart (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Industry Association.
- "MOLAE MOLAE". August 20, 2016. Dicapai pada August 26, 2016.
- ^ Cumulative Sales for "MOLAE MOLAE":
- "Gaon Download Chart August 14-20, 2016 (see #18)". Gaon Music Chart. Korea Music Content Industry Association. Dicapai pada August 26, 2016.
- "Gaon Download Chart August 21-27, 2016 (see #90)". Gaon Music Chart. Korea Music Content Industry Association. Dicapai pada September 2, 2016.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan I.B.I |
- I.B.I di Melon