Hyperloop
Hyperloop ialah konsep sistem pengangkutan berkelajuan tinggi diajukan oleh usahawan Elon Musk melalui pasukan kerjasama Tesla dan SpaceX.[1][2] Sistem ini terdiri daripada suatu rangkaian gelungan tiub yang direndahkan tekanan udara secara ketara membolehkan kapsul bergerak dengan kelajuan yang amat tinggi tanpa sebarang daya geseran.[3][4]
Garis besar konsep hyperloop diumumkan pada Ogos 2013, yang mencakupi cadangan laluan dari Los Angeles ke San Francisco. Analisis awal menunjukkan bahawa laluan tersebut dapat ditempuh dalam tempoh 35 mniit, yang menunjukkan bahawa penumpang dapat menempuh jarak 350-batu (560 km) dengan rata-rata kepentasan 600 mph (970 km/j), dengan kepantasan penuh 760 mph (1.200 km/h). Anggaran pembiayaan awal untuk laluan ini dianggarkan sebanyak AS$7.5 bilion[2]—walaupun analisis pengangkutan meragukan bahawa sistem ini dapat dibangunkan dengan dana tersebut.[5][6][7]
Teknologi Hyperloop telah dibuat sumber terbuka oleh Musk dan SpaceX,[2] dan masyarakat dipelawa untuk mengambil gagasan tersebut dan mengembangkannya lebih lanjut. Untuk itu, beberapa syarikat telah dibentuk, dan paling tidak sepuluh pasukan mahasiswa antaradisiplin mencuba mewujudkan gagasan ini. Rancangan jalur dan kapsul ujian percubaan kini dikembangkan dengan pembangunan prototaip jalur sepanjang 5-batu (8 km) dimulakan pada tahun 2016.[8] Syarikat Virgin Hyperloop di bawah Virgin Group melakukan pemanduan ujian pertamanya yang memuatkan penumpang manusia pada November 2020 di Las Vegas.[9][10]
Prinsip teknologi
suntingKonsep awal dikembangkan Musk terdiri daripada laluan berisi hampagas separa di mana suatu lapisan antara 0.5 hingga 1.3 milimeter udara menjadi medium apungan.
Gambaran konsep peringkat alfa membutirkan kapsul penumpang dengan ukuran berdiameter 2.23 meter[2] serta dijangka mencapai kelajuan setinggi 1220 kilometer sejam agar dapat mengekalkan kecekapan aerodinamik.[2](Bahagian 4.4)
Infrastruktur
suntingPada September 2017, syarikat kendalian Hyperloop One telah memilih 10 daripada 35 laluan yang diusulkan iaitu Toronto–Montreal, Cheyenne–Denver–Pueblo, Miami–Orlando, Dallas–Laredo–Houston, Chicago–Columbus–Pittsburgh, Bandar Raya Mexico–Guadalajara, Edinburgh–London, Glasgow–Liverpool, Bengaluru–Chennai, dan Mumbai–Chennai.[11][12]
Dalam tahun yang sama, pertubuhan penyelidikan mandiri Scandinavia SINTEF mengumumkan pihak mereka mempertimbangkan suatu makmal ujian teknologi ini di Norway.[13] Suatu perjanjian dimeterai pemerintah Korea Selatan dengan syarikat rintisan Hyperloop Transportation Technologies pada bulan Jun 2017 untuk membangunkan suatu laluan hyperloop antara Seoul dan Busan.[14][15]
Rujukan
sunting- ^ Garber, Megan (July 13, 2012). "The Real iPod: Elon Musk's Wild Idea for a 'Jetson Tunnel' from S.F. to L.A." The Atlantic. Dicapai pada September 13, 2012.
- ^ a b c d e Musk, Elon (August 12, 2013). "Hyperloop Alpha" (PDF). SpaceX. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-01-28. Dicapai pada August 13, 2013.
- ^ Opgenoord, Max M. J. "How does the aerodynamic design implement in hyperloop concept?". Mechanical Engineering. MIT - Massachusetts Institute of Technology. Dicapai pada 16 September 2019.
- ^ "Beyond the hype of Hyperloop: An analysis of Elon Musk's proposed transit system". Gizmag.com. August 22, 2013. Dicapai pada August 23, 2013.
- ^ Bilton, Nick. "Could the Hyperloop Really Cost $6 Billion? Critics Say No". The New York Times. Dicapai pada August 18, 2013.
- ^ Brownstein, Joseph (August 14, 2013). "Economists don't believe the Hyperloop". Al Jazeera America.
- ^ Melendez, Eleazar David (August 14, 2013). "Hyperloop Would Have 'Astronomical' Pricing, Unrealistic Construction Costs, Experts Say". The Huffington Post.
- ^ Hower, Mike (August 24, 2015). "Musk's 'Hyperloop' on Track to Start Construction in 2016". Sustainable Brands. Dicapai pada October 27, 2015.
- ^ "First passengers travel in Virgin's levitating hyperloop pod system". The Guardian. 9 November 2020. Dicapai pada 10 November 2020.
- ^ Effi Saharudin (9 November 2020). "Virgin Hyperloop Berjaya Melakukan Ujian Pertama Dengan Penumpang Manusia". Amanz. Dicapai pada 25 Mei 2021.
- ^ Todd, Jeff (14 September 2017). "Hyperloop Becomes Closer To Reality In Colorado". CBS4. Dicapai pada 15 September 2017.
- ^ "Hyperloop One Global Challenge Winners". Hyperloop One. Dicapai pada 11 October 2017.
- ^ "Sintef vil teste hyperloop for laks" [Sintef will test the hyperloop for salmon]. Dagens Næringsliv AS (dalam bahasa Norway). Norway. 18 December 2017. Dicapai pada 23 January 2018.
- ^ Madslien, Jørn (19 July 2017). "Investment in hyperloop routes speeds up". UK: Institute of Mechanical Engineers. Dicapai pada 11 August 2017.
- ^ Davies, Alex (20 June 2017). "South Korea Is Building a Hyperloop". Wired. US. Dicapai pada 16 March 2019.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Hyperloop |
- Tesla Motors: Hyperloop AlphaPDF
- SpaceX: Hyperloop AlphaPDF
- The Race to Create Elon Musk’s Hyperloop Heats Up, Wall Street Journal, 2015.