Hutan Lipur Paya Pasir

Hutan Lipur Paya Pasir merupakan satu tempat riadah yang terletak di daerah Rompin, Pahang. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di Hutan Lipur Paya Pasir termasuk pondok rehat, gerai makan, menara pandang dan tandas.

Hutan Lipur Paya Pasir di buka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam, pengunjung boleh berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah. Tiada bayaran masuk dikenakan.

Hutan Lipur Paya Pasir terletak 45 km dari Bandar Temerloh melalui Jalan Temerloh-Maran dan 88 km dari Bandar Kuantan melalui Jalan Kuantan-Maran. Hutan Lipur Paya Pasir terletak di dalam Hutan Simpan Paya Pasir yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit.

Rujukan

sunting