Hussin Ismail
Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin Ismail ialah seorang aktivis kemanusiaan di Malaysia kelahiran Terengganu. Beliau merupakan pengasas dan Presiden Yayasan Amal Malaysia sejak ditubuhkan pada 2001. Beliau turut mengasaskan rangkaian sekolah tahfiz, Akademi Al-Quran Amalillah pada 2017. Beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Terengganu pada 2020[1]. Beliau juga merupakan Pengerusi Tetap Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak 2015[2].
Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin Ismail | |
---|---|
Ahli Dewan Negara | |
Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu | |
Menyandang jawatan 16 Mac 2023 | |
Pengerusi Tetap Parti Islam Se-Malaysia | |
Menyandang jawatan 2015 | |
Didahului oleh | Dato’ Abu Kassim Abdullah |
Presiden Yayasan Amal Malaysia | |
Menyandang jawatan 2001 | |
Timbalan | Jamuliddin Elias |
Didahului oleh | jawatan baharu |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1955 Marang, Terengganu |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Rosemunainah Noor Asmuni |
Anak | 9 orang Siti Nuur Izzati Hussin Mohd Saifullah Hussin Mohd Fakhrurrazi Hussin Siti Fatimatuzzahra Hussin Siti Nuur Nazifah Hussin Mohd Iqbal Hussin Mohd Zulqornain Hussin Mohd Khidhir Hussin Mohd Danial Hussin |
Pekerjaan | Ahli politik. Aktivis kemanusiaan |
Latar belakang
suntingHussin Ismail dilahirkan pada 1955 di Marang, Terengganu. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Rosemunainah Noor Asmuni, dan dikurniakan sembilan anak dan kesemua mereka adalah penghafaz al-Quran[1][3].
Beliau mendapat pengajian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu selama tiga tahun (1968-1970). Selepas menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), dia melanjutkan persekolahan ke tingkatan empat di Sekolah Menengah Alam Shah, Cheras sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat universiti[4].
Beliau memulakan kerjaya awal sebagai guru sains di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan di Kuala Berang, Hulu Terengganu, kemudian meneruskan kerjayanya dalam bidang korporat[5].
Kemanusiaan
suntingBeliau telah terlibat dalam pertubuhan bukan kerajaan sejak 1973 dan telah mengetuai pelbagai program-program di peringkat antarabangsa antaranya misi dakwah bukan Islam di rantau Afrika dan pembangunan semula Marawi di selatan Filipina[5]. Di peringkat antarabangsa, beliau turut menjadi Presiden Persekutuan Antarabangsa bagi Bantuan dan Pembangunan (IFRD), sebuah badan yang dibentuk oleh pertubuhan kemanusiaan dari 10 buah negara[6].
Rujukan
sunting- ^ a b Rahayu Mustafa (20 Ogos 2020). "Presiden Yayasan Amal Malaysia penerima Tokoh Maal Hijrah Terengganu". Sinar Harian. Dicapai pada 20 November 2021.
- ^ Bernama (Mei 20, 2015). "Senarai calon bertanding pemilihan PAS 2015-2017". Astro Awani. Dicapai pada 20 November 2021.
- ^ Helmy Abd Rahman (September 20, 2019). "9 anak jadi hafiz". Harian Metro. Dicapai pada 20 November 2021.
- ^ Zaid Salim (Ogos 20, 2020). "Dua tokoh bertemu semula selepas 50 tahun". Harian Metro. Dicapai pada 20 November 2021.
- ^ a b Rosalinda Md Said (20 Ogos 2020). "Presiden Yayasan Amal Malaysia, Tokoh Maal Hijrah Terengganu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 November 2021.
- ^ "Terengganu Tuan Rumah Bincang Kesengsaraan Marawi". TRDI. 18 Julai 2019. Dicapai pada 20 November 2021.