Husain Awang
Dato' Haji Husain Awang (lahir 10 Ogos 1946) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara (Senator) mewakili DUN Terengganu selama dua penggal (2018-2021 dan 2021-2024) dan mantan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu (1999-2004). Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu.[1] dan merupakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS serta Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat yang dilantik sejak 2013 sehingga sekarang.
Dato' Haji Husain Awang DPMT (Terengganu) | |
---|---|
Ahli Dewan Negara | |
Lantikan Dewan Undangan Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan 15 September 2021 – 14 September 2024 | |
Penggal | Kedua |
Dalam jawatan 17 Julai 2018 – 16 Julai 2021 | |
Penggal | Pertama |
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu | |
Menyandang jawatan 2017 | |
Didahului oleh | Satiful Bahari Mamat |
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Didahului oleh | Abdul Rahman Mohd |
Digantikan oleh | Che Mat Jusoh |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Besut, Terengganu | 10 Ogos 1946
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Kediaman | Terengganu |
Pekerjaan | Ahli politik, Pendakwah |
Latar belakang
suntingBeliau dilahirkan di Besut Terengganu pada 10 Ogos 1946 dan mempunyai 10 orang cahaya mata dari seorang isteri, To' Puan Hajjah Meliah Muhammad. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh Besut dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu[2]. Kemudian beliau memperoleh ijazah pertama dari Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Kuala Terengganu dan Kolej Islam Kelang[2].
Pilihan raya
suntingTahun | Kawasan | Individu | Undian | Lawan | Undian | Peratus Mengundi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1986 | DUN Hulu Besut, Terengganu | Husain Awang (PAS) | 2,701 | Ahmad @ Daud Abu Bakar (BN-UMNO) | 3,412 | 83.14% | 711 |
1990 | DUN Kuala Besut, Terengganu | Husain Awang (PAS) | 3,502 | Dato' Wan Zakaria Wan Abd Rahman (BN-UMNO) | 3,704 | 82.96% | 202 |
1995 | Parlimen Setiu | Husain Awang (PAS) | 13,155 | Tengku Mahmud Mansur (BN-UMNO) | 17,963 | 82.79% | 4,808 |
2008 | Parlimen Besut | Husain Awang (PAS) | 18,786 | Abdullah Md Zin (BN-UMNO) | 29,376 | 84.49% | 10,590 |