Tan Sri Dato' Husein Ahmad atau Husein Serama (1934-2024) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1987-1990) dan mantan Timbalan Menteri Besar Kelantan (1978-1982).[1] Di peringkat parti, beliau merupakan mantan Ketua Penerangan UMNO Pusat.

Tan Sri
Hussein Ahmad
P.S.M., J.S.M.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Dalam jawatan
20 Mei 1987 – 26 Oktober 1990
Berkhidmat with Osu Sukam
Menteri Ng Cheng Kiat
Didahului oleh Napsiah Omar
Subramaniam Sinniah
Digantikan oleh Daud Taha
Osu Sukam
Timbalan Menteri Besar Kelantan
Dalam jawatan
1978–1982
Menteri Besar Kelantan Mohamed Yaacob
Didahului oleh Hassan Yaakob
Digantikan oleh Ariffin Said
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
1973–1978
Menteri Besar KelantanMohamed Nasir (1974-1978)
Ishak Lotfi Omar (1973-1974)
Maklumat peribadi
Lahir(1934-05-20)20 Mei 1934
Mati13 September 2024(2024-09-13) (umur 90)
Kampung Lemai, Pasir Mas, Kelantan
Tempat semadiTanah Perkuburan Islam Kubur Besar, Pasir Mas
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Kerjaya politik

sunting

Beliau mula menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan sejak 1969. Beliau menjadi ADUN Rantau Panjang pada 1969 hingga 1974 dan ADUN Gual Periok pada 1974 hingga 1982. Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan pada 1978-1982. Pada 1985, beliau dilantik sebagai ahli Dewan Negara sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1987-1990).[1] Kemudian, beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dari 1990 hingga 2003.[2][3]

Beliau ialah Ketua Penerangan UMNO Malaysia paling lama berkhidmat iaitu sejak 1982 hingga 1999.[1]

Anugerah dan pengiktirafan

sunting
  •   Malaysia
    • Johan Mangku Negara (J.M.N.) - 1991
    • Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) - Tan Sri (1996)

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Amin, Manzaidi Mohd (2018-03-17). "Pimpinan Perkasa ziarah veteran UMNO". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-16.
  2. ^ Wanpcj (2010-02-06). "SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG WAN PCJ: LAHIRNYA STATION RADIO MANIS.FM DI PANTAI TIMUR". SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG WAN PCJ. Dicapai pada 2024-04-16.
  3. ^ "TAN SRI DATO' HUSEIN BIN AHMAD @ [AASIA]: ASTRAL ASIA BHD | Corporate Figure or Shareholder". klse.i3investor.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-16.