Hukuman sebat
Hukuman sebat atau hukuman rotan ialah suatu bentuk hukuman jasmani yang terdiri dari beberapa jumlah pukulan (dikenali sebagai "sebatan" atau "pukulan") menggunakan alat sebatan yang biasanya diperbuat daripada rotan, biasanya dikenakan pada punggung sama ada terdedah atau berpakaian atau pada tapak tangan pesalah. Hukuman sebat pada buku jari atau bahu adalah jarang berlaku. Hukuman sebat juga boleh dikenakan pada tapak kaki. Ukuran dan keanjalan alat sebatan dan kaedah pelaksanaan, dan juga bilangan sebatan, adalah berbeza.
Pencambukan menjadi hukuman yang biasa di Tanah Inggeris yang mana hukuman sebat, bersama-sama pukulan pinggul dan melibas, dikenali dengan "le vice anglais" atau "maksiat inggeris".[1] Sebat boleh juga dilaksanakan dengan persetujuan sebagai sebahagian daripada BDSM.
Bidang penggunaan
suntingHukuman sebat pernah menjadi bentuk biasa hukuman kehakiman dan disiplin rasmi sekolah di kebanyakan tempat di dunia pada abad ke-19 dan ke-20. Hukuman jasmani (dengan sebat atau apa-apa bentuk lain) kini telah dicabut dari undang-undang kebanyakan, tetpi bukan semua, di Eropah.[2] Walau bagaimanapun, hukuman sebat kekal sah dilaksanakan di sejumlah negara lain di rumah, sekolah, konteks keagamaan, kehakiman atau ketenteraan, dan untuk kegunaan biasa[3] di beberapa negara yang mana ia tidak lagi sah.
Nota
sunting- ^ Thomas Edward Murray; Thomas R. Murrell (1989). The Language of Sadomasochism: A Glossary and Linguistic Analysis. ABC-CLIO. m/s. 23–. ISBN 978-0-313-26481-8.
- ^ C. Farrell. "Corporal Punishment in British schools". Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2012. Dicapai pada 1 August 2012.
- ^ "Caning Students, still!". The Daily Star. Dhaka. 11 April 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2011. Dicapai pada 15 April 2011.
Rujukan
sunting- Hardy, Janet (2004). The Toybag Guide to Canes and Caning (Toybag Guide). San Francisco: Greenery Press. ISBN 1-890159-56-5.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Hukuman sebat |
- Video clips of judicial caning in Malaysia (warning – very graphic)
- Video clips of schoolboy caning in Singapore
- Corporal punishment in British schools at World Corporal Punishment Research