Hukum kuasa dua songsang
Hukum kuasa dua songsang (Jawi: حكوم كواس دوا سوڠسڠ ) bagi sebarang hukum fizik menyatakan bahawa kekuatan atau kuantiti fizikal adalah berkadar songsang dengan kuasa dua jarak dari sumber kuantiti fizikal tersebut. Hukum ini mula-mula dicadangkan Ismael Bullialdus & diperkukuhkan oleh Isaac Newton. Persamaan & pengiraan secara matematik boleh dihuraikan dengan dengan:
- Keamatan (Intensiti) = I/d2
- Di mana I ialah keamatan sinaran pada 1d & d ialah jarak dari sumber
Syarat Hukum Kuasa Dua Songsang:-
- Sumber sinaran adalah sumber titik (amat kecil)
- Sinaran bergerak dalam garisan lurus
- Sinaran terpancar secara seragam ke semua arah
- Tenaga yang dipancarkan adalah di kadar yang malar
- Tiada tenaga terlesap dalam perjalanannya dari sumber ke titik ukuran