Hubungan Brunei–Rusia

Brunei dan Rusia menjalin hubungan diplomatik pada 1991. Brunei mengekalkan kedutaan di Moscow, manakala duta Rusia ke Malaysia ditauliahkan ke Brunei sebagai seorang duta bukan pemastautin.

Hubungan Brunei–Rusia
Peta menunjukkan lokasi Brunei dengan Russia

Brunei

Rusia

Sejarah

sunting

Zaman Soviet

sunting

Pada 1987, Mikhail Gorbachev menggesa penubuhan hubungan diplomatik dengan Brunei.[1] Walaupun duta Soviet ke Singapura cuba mewujudkan hubungan tersebut dengan Brunei pada tahun 1988, Kesultanan tidak bersedia untuk menjalin hubungan dengan Soviet pada masa itu. Pada 1 Oktober 1991, Brunei menjalinkan hubungan dengan Kesatuan Soviet.[2][3]

Zaman Rusia moden

sunting
 
Presiden Vladimir Putin dengan Sultan Hassanal Bolkiah di Bandar Seri Begawan, 2000.

Pada 2000, Presiden Vladimir Putin tiba di Brunei untuk sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik bertemu dengan Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah, di Istana Nurul Iman.[4] Pada 10 Jun 2005, Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah, membuat lawatan rasmi pertama ke Rusia selaku ketua negara Brunei. Menurut Gennady Chufrin, Ahli Koresponden Akademi Sains Rusia, lawatan itu menandakan satu langkah serius ke arah penubuhan hubungan dua hala.[5]

Pada 1 Disember 2008, Perdana Menteri Vladimir Putin menandatangani perintah untuk menubuhkan kedutaan Rusia di Bandar Seri Begawan. Andrei Nesterenko, jurucakap bagi Kementerian Luar Negeri Rusia berkata bahawa penubuhan kedutaan Rusia di ibu negara Brunei akan membantu merancakkan isu-isu berkenaan hubungan Brunei-Rusia.[6]

Rujukan

sunting
  1. ^ In the Shadow of Giants, A. James Gregor, pg 160
  2. ^ Gorbachev and Southeast Asia By Leszek Buszynski, pg 211
  3. ^ Политические контакты (dalam bahasa Rusia). Kementerian Luar Negeri Rusia. 5 May 2009. Dicapai pada 8 Jun 2009.
  4. ^ "Sultan of Brunei receives Russian president". Interfax at the BBC. 15 November 2000. Dicapai pada 6 Jun 2009. Russian President Vladimir Putin, who has arrived in Brunei for an Asia-Pacific Economic Cooperation summit, has met Sultan of Brunei Hassanal Bolkiah in the Nurul Iman Palace. Deputy presidential chief of staff Sergey Prikhodko has told journalists that Putin has invited Hassanal Bolkiah to pay an official visit to Russia. The invitation was accepted with gratitude. He quoted Putin as saying that there is a great potential for economic and ...
  5. ^ Бруней проявляет заинтересованность в российском оружии Diarkibkan 24 Julai 2011 di Wayback Machine
  6. ^ "Russia to set up embassy in Brunei Darussalam". Bandar Seri Begawan: The Brunei Times. 5 Disember 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Disember 2008. Dicapai pada 7 Jun 2009.